Punyalah Banyak Jasa, Tapi Chen Long Diejek, Dimaki Dan Disuruh Berundur

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jagoan badminton China, Cheng Long tidak lagi menjadi pujaan di negaranya.

Dia teruk diejek, dimaki malah disuruh cepat berundur oleh netizen China – semuanya gara-gara kegagalannya memenangi pingat emas di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Cheng Long yang hadir dengan reputasi sebagai juara bertahan selepas memenangi pingat emas pada edisi Rio De Janeiro 2016, tewas aksi final kepada Victor Axelsen dari Denmark dalam pertarungan straight set di Plaza Sukan Mushashino.

Kekalahan itu menyaksikannya terlepas peluang mengulangi kejayaan Lin Dan untuk mengenggam pingat emas acara perseorangan lelaki olimpik dua kali berturut-turut tatkala Victor Axelsen menjadi pemain bukan Asia pertama memenanginya selepas 1996.

Pada ketika menang pingat perak olimpik tetap boleh dikatakan satu pencapaian yang hebat apatah lagi mengambil kira Axelsen berada di ranking lebih tinggi dan prestasi yang jauh lebih baik, ia pada hakikatnya sedikitpun tidak menggembirakan warga China.

Mereka menganggap ia kekalahan yang memalukan dan mengaibkan, melabel Chen Long sebagai pemain yang tak guna dan menyamakan kekalahannya itu sebagai seorang dewasa tewas kepada budak sekolah.

Lebih menyedihkan, segala sumbangannya kepada badminton China seperti tidak langsung dihargai apabila dia disuruh berundur sahaja dan dinasihatkan tidak menyekat pembangunan badminton di negara itu.

Ia jelas menyinggung perasaan Chen Long namun dia tanpa melatah hanya memohon maaf dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya selama ini.

“Saya minta maaf kerana gagal mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo, tapi saya tidak boleh meraih semua ini tanpa sokongan dan sorakan anda.

“Semangat Olimpik dan semangat China supaya terus gigih untuk memperbaiki diri menjadi sumber motivasi saya selama ini, saya berterima kasih kepada tanah air kerana membentuk diri saya.

“Akhir sekali, secara jujur saya mendoakan pasukan badminton China akan meraih kejayaan yang lebih membanggakan pada masa depan,” tulisnya.

Sebelum ini, ketua jurulatih Persatuan Badminton China, Zhang Jung mendedahkan bahawa Chen Long beraksi di final dengan membawa kesakitan berikutan luka melecet yang teruk di tapak kakinya.

Kaki Chen Long Punyalah Banyak Jasa, Tapi Chen Long Diejek, Dimaki Dan Disuruh Berundur

“Lukanya itu berdarah dan dia tidak boleh berlari, pergerakannya terjejas teruk tetapi dia menahan kesakitan itu dan cuba untuk melawan,” kata Zhang Jung yang terharu dengan atitud ditunjukkan Chen Long.

Antara pencapaian terbesar lain dalam karier Chen Long selain memenangi emas Olimpik 2016 adalah muncul juara dunia dua kali pada 2014 dan 2015. Dia juga pernah menjuarai Kejohanan All England dua kali dan memenangi pingat emas Sukan Asia (berpasukan) pada 2010 dan 2018.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.