Qatar sekumpulan dengan Portugal, Serbia dalam kelayakan Piala Dunia 2022

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kejohanan Bolasepak Piala Dunia akan berlangsung buat kali kedua di negara Asia, dan buat kali pertama di negara Islam apabila Qatar menjadi tuan rumah edisi 2022.

Kali terakhir kejohanan terulung dunia itu dianjurkan di Asia adalah pada 2002 di Korea Selatan dan Jepun, yang menyaksikan Brazil muncul juara dengan menewaskan Jerman.

Kuiz : Uji minda anda dengan menjawab 20 soalan membabitkan Piala Dunia 2014

Ia juga sejarah buat Qatar kerana ini pertama kali mereka layak ke Piala Dunia atas tiket sebagai penganjur, dan lebih menarik sebagai persiapan untuk menghadapi Piala Dunia 2022, mereka akan bermain di dalam pusingan kelayakan Zon Eropah.

Qatar diletakkan dalam salah satu daripada kumpulan lima pasukan; iaitu kumpulan A yang turut dihuni oleh Portugal, Serbia, Azerbaijan, Luxembourg dan Republik Ireland.

“Sebagai tuan rumah Piala Dunia akan datang, Qatar sudah layak ke kejohanan itu – bermakna sebarang keputusan membabitkan Qatar tidak akan dikira untuk kelayakan.

“Qatar akan bermain di Eropah untuk perlawanan sebagai tuan rumah bagi mengurangkan tempoh perjalanan pasukan lawan,” menurut kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Qatar (QFA).

Sebagai makluman, Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah akan bermula pada Mac 2021, dengan 13 negara dari benua itu akan memenangi tiket bermain di pusingan akhir membabitkan 32 pasukan yang dijadual pada November dan Disember 2022.

Baki 18 slot akan dilengkapkan oleh pasukan dari benua Afrika (5); Amerika Selatan (4.5); Asia (4.5); Amerika Utara, Tengah dan Carribean (4.5) serta Oceania (0.5).

Edisi di Qatar ini juga akan menjadi edisi terakhir Piala Dunia membabitkan 32 pasukan kerana bermula 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, ianya akan diperbesarkan kepada 48 pasukan dari 6 benua.

Pada edisi terdahulu yang berlangsung di Russia, Perancis muncul juara dunia buat kali kedua dengan menewaskan Croatia dalam aksi final.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.