Qayyum jual ‘Colek Leghak’ di bulan puasa

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain pertahanan Kuala Lumpur, Qayyum Marjoni Sabil, memanfaatkan sebaiknya masa terluang sepanjang penangguhan liga dengan berniaga colek kegemaran warga Kelantan dikenali dengan nama ‘FN Colek Leghak’ di kampung halamannya di Kota Bharu.

Qayyum akui dia berpuas hati dengan sambutan menggalakkan daripada pelanggan setakat ini terutama pada bulan puasa.

“Bahan colek leghak ini semua saya sediakan sendiri iaitu terdiri daripada ayam, perut, telur puyuh dan paru beserta keropok.

“Cuma kuahnya sahaja yang jadi bahan penting dalam colek ini saya minta ibu sediakan yang menjadi kekuatan kepada colek leghak saya.

Colek Leghak Qayyum jual 'Colek Leghak' di bulan puasa

“Colek ini sememangnya antara makanan kegemaran orang Kelantan dan senang dijalankan kerana permintaan yang tinggi. Kebiasaan orang di sini akan makan pada waktu moreh sebaik selepas mengerjakan solat tarawih.

“Setakat ini pelanggan saya paling minimum dalam 20 orang dalam satu hari dan setiap satu set saya jual RM17 beserta tambahan RM 3 untuk caj penghantaran,” katanya yang turut menjual kasut wanita bagi mempelbagaikan pendapatan.

Qayyum yang menyertai Kuala Lumpur musim ini dari PKNS musim lalu merupakan bekas pemain Kelantan dari musim 2016 hingga 2017 serta merupakan produk skuad Harimau Muda.

Walaupun sibuk dengan perniagaan sementara waktu ini, pertahanan kiri berusia 26 tahun ini mengakui dia tetap rindukan dunia bola sepak dan berharap Liga Malaysia dapat dilangsungkan seperti dirancang pada September ini.

“Saya mahu membantu pasukan untuk dapatkan slot ke CIMB Liga Super musim depan dan mampu beri saingan dalam Piala Malaysia yang saya lihat saingan agak terbuka berdasarkan format kalah mati untuk musim ini,” katanya yang bermain dalam semua empat perlawanan pertama Kuala Lumpur.

Skuad warga kota membuka tirai musim 2020 dengan keputusan seri menentang Kelantan; disusuli kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan; seri menentang JDT II dan menang 2-1 ke atas Sarawak United.

Foto : KLFA Official

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.