Retro : Lampard angkat kaki kerana Chelsea keberatan tawar kontrak baru

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Chelsea, Frank Lampard boleh disifatkan sebagai antara pemain tengah terbaik pernah disaksikan dunia ketika eranya sebagai pemain.

13 tahun menabur bakti di kelab barat London itu, Lampard muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea dengan 211 gol – sesuatu yang menakjubkan untuk dilakukan oleh seorang pemain tengah.

Lampard pernah menjadi pemain dengan gaji paling lumayan di EPL pada 2008 dan pernah hampir memenangi Ballon d’or apabila menduduki tempat kedua di belakang Ronaldinho pada 2005.

Dia memenangi semua trofi utama dalam karier gemilang hampir dua dekad termasuk tiga kejuaraan English Premier League dan pada usia 34 tahun mengemudi Chelsea menjuarai Liga Juara Eropah pada 2012.

Frank Lampard UCL 2012 Retro : Lampard angkat kaki kerana Chelsea keberatan tawar kontrak baru

Sumbangan dan jasanya kepada kelab dari usia 21 tahun hingga ke usia veteran cukup besar maka tidak hairanlah dia diangkat sebagai ‘living legend’ Chelsea.

Pun begitu, pengakhiran kariernya di Chelsea tidaklah begitu indah.

Segmen retro Labola Malaya kali ini mengimbau apa yang terjadi ketika karier Frank Lampard menghampiri penghujung di Stamford Bridge.

Baca : Owen akui rasa bersalah insiden dua penalti lawan Argentina

Baca : Pemergian Matt Davies rahmat buat S.Kumaahran, terima kasih Dollah Salleh

POLISI ‘TAKE IT OR LEAVE IT’

Dia menandatangani kontrak baru selama setahun sehari selepas membantu kelab itu menjuarai Europa League 2012/13 itupun selepas rundingan yang begitu lama.

Hakikatnya, Chelsea keberatan untuk menawarkan Lampard kontrak baru kerana menjadi polisi kelab itu mana-mana pemain berusia lebih 30 tahun tidak akan ditawarkan kontrak panjang ataupun lumayan walaupun mereka berstatus legend.

“Frank masih lagi seorang pemain yang penting bagi Chelsea tetapi kalau dia kekal di sini, dia perlu patuh pada terma kelab.

“Kelab ini menawarkan kontrak berasaskan take it or leave it dan pemilik (Roman Abramovich) telah menyatakan dengan jelas polisi itu sama bagi semua pemain termasuk Frank, terpulang jika dia mahu menerimanya atau tidak.”

Itu kenyataan jurucakap kelab ketika isu pembaharuan kontrak Lampard menjadi bualan penyokong the blues pada 2014.

Bukan sahaja keberatan untuk menawarkannya kontrak, jika Lampard memperbaharui kontrak semusim lagi, dia juga perlu menerima potongan gaji lantas akan menjadikannya level pemain biasa-biasa saja di kelab.

Lebih menyedihkan, tiada perpisahan sempurna buat Frank Lampard sepertimana diterima John Terry dan Didier Drogba kerana ketika dia bermain menentang Norwich di Stamford Bridge, tiada siapa menduga itu akan menjadi aksi terakhirnya dalam jersi the blues.

Melihat kepada perkembangan situasinya itu mendorong 16 kelab kaya seluruh dunia cuba untuk memancingnya termasuklah Shanghai Shenhua dan Beijing Guoan (Liga Super China).

Namun ianya New York City yang berjaya memancing khidmat bekas kapten England itu, di mana dia dipinjamkan terlebih dahulu kepada Manchester City sehingga musim baru MSL bermula pada Mac 2015.

Bersama Manchester City, Lampard menjadi salah seorang pemain utama dan menariknya, gol pertamanya bersama City adalah ketika mengikat Chelsea 1-1. Dia tidak meraikan jaringan itu dan menganggapnya sebagai hari penuh emosi.

FABREGAS JUGA PUNCA

Dalam satu temuramah sekitar tahun 2017 Lampard mendedahkan punca dia dilepaskan, tidak ditawarkan kontrak baru adalah kerana Chelsea mahu membawa masuk bekas bintang Arsenal, Cesc Fabregas.

Penyokong Chelsea dan Arsenal umum mengetahui betapa Fabregas dan Lampard tidak mempunyai hubungan baik.

Baca : Bagaimana Arsenal boleh bayar £350,000 untuk pemalas seperti Ozil

“Pengurusan tahu kami tak boleh bermain bersama dan menganggap ia tidak betul untuk kami berada dalam bilik persalinan sama. Dengan usia saya sudah 35 tahun mereka melepaskan saya untuk mendapatkan tenaga baru lebih energetik di tengah.

“Semua tahu saya mahu mengakhiri karier saya di Chelsea, saya tidak pernah fikirkan kelab lain tetapi ia tidak menjadi seperti yang saya inginkan.”

Lampard menoktahkan karier sebagai pemain pada 2016 dan kembali semula ke Stamford Bridge pada 2019 sebagai pengurus.

Pada musim pertamanya bersama Chelsea, Lampard membimbing pasukan itu menduduki tangga keempat EPL dan layak ke final Piala FA.

Sumber :

1) Lampard reveals the reason

2) Lampard signs one year extension

3) Real reason Lampard decided to leave

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.