RM1 juta mana cukup boh ..

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

RM1 juta nilai yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ke atas pemain muda Nik Akif Syahiran Nik Mat adalah tidak memadai.

Itu pendapat bekas penyerang sensasi Kelantan Hashim Mustapha.

Menurut Hashim Mustapha yang pernah menang kasut emas Liga Malaysia sebanyak dua kali, tidak banyak boleh dilakukan KAFA dengan jumlah itu justeru memberi cadangan agar harga lebih tinggi diletakkan.

Menerusi laporan Sukan Kosmo, Hashim Mustapha berkata : “Duit jual Nik Akif boleh diguna untuk langsaikan bebanan hutang, tapi jika KAFA serius RM1 juta itu mana cukup. Harga sekitar RM4 juta mungkin lebih relevan tapi dalam masa sama kena ada pihak yang berminat nak membeli. KAFA jangan syok sendiri.”

KAFA diketahui sebagai persatuan bolasepak paling bermasalah dan mereka ditimpa nasib malang berterusan sepanjang tiga tahun kebelakangan.

Pada tahun ini sahaja, pasukan itu berdepan masalah tunggakan gaji lebih 4 bulan selain telah diarah FIFA untuk melunaskan tunggakan tiga pemain import iaitu Cassio Francisco, Bruno Lopez dan Alaeddine Bouslimi.

Malah, beberapa exco yang merupakan orang kuat antaranya Datuk Wan Rakemi Wan Zahari serta Dato’ Rowi Dollah telah meletak jawatan; Presiden Wan Rahim Abdullah juga berundur tanpa menyumbang apa-apa; penaja tarik diri dan pada awal bulan ini dipotong tiga mata oleh FAM.

Pemain dan barisan kejurulatihan juga telah meluahkan rasa kecewa terhadap kepimpinan KAFA di media sosial dan mendesak individu yang tidak boleh menyumbang supaya berundur demi kebaikan pasukan.

Baca : Berundurlah demi kebaikan pasukan – Yusri Che Lah

Baca : KAFA minta calon runding secara pro, bukan cari publisiti murahan

Baru-baru ini ada beberapa individu difahamkan sedia membeli pasukan Kelantan (selaras dengan usaha penswastaan pasukan) dan KAFA juga telah mengadakan rundingan namun belum ada sebarang kata putus dicapai.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.