RM105,000 Untuk Kipre Tchetche? Maaf, Langsung Tak Berbaloi!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard Samuel menegaskan bukan cara pasukan itu untuk main bayar berapa sahaja gaji yang diminta mana-mana pemain tanpa melihat kepada kedudukan kewangan kelab.

Malah menurutnya jika kelab itu berduit sekalipun, tidak mungkin mereka membayar lebih dari nilai yang sepatutnya.

Stanley berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai spekulasi yang mengaitkan Kipre Tchetche ke KL City FC dengan pemain itu dikatakan meminta sekitar USD25,000 (RM105,000) sebulan.

“Saya tidak membayar pemain jumlah seperti itu, tidak sama sekali. Kalau kamu dengar berapa jumlah kami bayar untuk mendapatkan Romel Morales, kamu akan terkejut.

“Adalah penting untuk membayar seseorang pemain secara sistemik, bekerja dalam lingkungan sumber kewangan yang ada. Jangan main ambik, lepas tu pada akhirnya cari (duit) sini, cari sana nak bayar.

“Tchetche berusia 35 tahun musim depan, bagi saya dia tidak berbaloi untuk jumlah tersebut (USD25,000). Dia tidak akan sama sekali menerima tawaran seperti itu daripada KL City. Saya juga tahu dia tidak teruja untuk sertai KL dan begitu juga kami tidak teruja untuk mendapatkannya. Saya boleh kata kami tidak akan ambik seorang pemain berusia 35 tahun,” kata Stanley.

Pemain Kedah berasal dari Ivory Coast itu terlebih dahulu dikatakan telah berunding dengan Selangor namun permintaan gaji tinggi itu memaksa Selangor melupakan hasrat itu.

Sementara itu, berkongsi tentang persiapan dan juga pengambilan pemain-pemain baru untuk mengharungi musim 2022, Stanley berkata semuanya dalam landasan yang betul dan berjalan lancar.

Lebih menarik, Stanley mendedahkan semua pemain sudah pun ditandatangani sejak bulan Ogos lalu tanpa menunggu sehingga ke final Piala Malaysia mahupun penghujung kontrak mereka.

“Jika ada pemain-pemain KL dikaitkan dengan pasukan lain, takde masalah boleh ambik tapi bayar klausa (pelepasan), kita berbisnes, tak ada isu.

“Kebanyakan pemain yang sign kontrak tahun ni adalah selama dua tahun, manakala yang mana nak habis kita dah perbaharui, hanya satu atau dua kita masih berunding. Kita mengekalkan 95 peratus anggota skuad, termasuk jurulatih.

“Dari segi penambahan kita bawa Azri Ghani (Perak), Fauzi dari Terengganu, Nabil dari PJ City dan memanggil pulang Sean Gianelli yang mengharungi musim yang baik bersama Uitm FC. Dia sukses jadi kita panggil balik, kita ada perancangan.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.