Romel Morales kongsi kisah sedih selepas Melaka United kata tak jadi sambung kontrak

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain import Kuala Lumpur United FC, Romel Morales berkongsi kisah sedih bagaimana dia hampir berputus asa mencari pasukan baru selepas kontraknya tidak disambung oleh Melaka United FC.

Menurut pemain berusia 23 tahun dari Colombia itu, Melaka United FC pada dasarnya telah bersetuju secara lisan untuk menawarkannya kontrak baru selepas musim 2020 berakhir, tetapi kemudiannya diberitahu mereka tidak dapat berbuat demikian.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya terjadi di Melaka selepas musim 2020 berakhir, saya menunggu selama sebulan selepas mereka memberitahu akan memperbaharui kontrak saya. Saya menunggu tawaran daripada mereka, dan tidak balik ke Colombia.

“Bagaimanapun selepas sebulan, tiada seorangpun dari Melaka United memberi penjelasan kepada saya, tetapi saya menerima wassap berbunyi ‘Maaf Romel, kami tidak boleh perbaharui kontrak awak’. Ringkas macam tu sahaja.

Sumber : KLUFC throw lifeline to Morales

“Saya terkejut dan tak tahu nak cakap apa, saya hubungi ejen saya dan menjelaskan kepadanya. Bayangkan ketika itu kemungkinan besar semua pasukan sudah lengkap, takde kosong jadi ia sukar nak dapat pasukan baru.

“Saya berdepan satu situasi yang cukup  teruk tapi syukur diberi peluang oleh KL United. Pengurusan mereka menghubungi saya dan menawarkan tempat di dalam pasukan. Saya suka bandar ini, orang di sini dan bersemangat mahu capai sesuatu bersama mereka,” ujar Romel Morales yang turut pernah menyarung jersi PKNS FC selama dua musim.

Romel Morales yang merupakan salah seorang pemain berpotensi untuk dinaturalisasikan di masa akan datang, turut mendedahkan bahawa pasukan itu masih belum membayar habis tunggakan gajinya. Dia meledak tiga gol dalam 10 penampilan bersama Melaka United musim lalu.

Bagi musim 2021, selain Romel Morales, tiga pemain import lain pasukan KL United adalah Giancarlo Gallifuoco, Dominique Da Sylva dan Paolo Josue manakala Bojan Hodak dilantik sebagai ketua jurulatih.

Pemain-pemain tempatan yang memperkuatkan pasukan pula adalah seperti Safee Sali, Hadin Azman, Daniel Ting, Irfan Zakaria, Julian Bechler dan Wan Amirzafran Nadris sekaligus menyaksikan skuad warga kota dianggap sebagai salah satu pasukan tumpuan Liga Super musim 2021.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.