Ronaldo, Maguire Ungguli Carta Paling Banyak Dicarut dan Dimaki di Media Sosial

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Duo Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire mengungguli carta pemain paling banyak dicarut dan dimaki di Twitter, berbanding mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris lain, menurut satu laporan.

Analisis Ofcom terhadap 2.3 juta ‘tweet’ pada separuh pertama musim lalu mendapati, hampir 60,000 posting berupa carutan dibuat ke atas tujuh daripada 10 pemain teratas.

Separuh daripada kecaman itu ditujukan kepada hanya 12 individu dengan lapan daripadanya adalah pemain United.

Bagaimanapun, kajian oleh Institut Alan Turing juga mendapati sebahagian besar peminat menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.

“Penemuan ini memberi penerangan mengenai sisi gelap kepada permainan (bola sepak) yang indah itu,” kata Kevin Bakhurst, Pengarah Kumpulan Ofcom untuk penyiaran dan kandungan dalam talian.

“Penyalahgunaan media sosial tidak mempunyai tempat di dalam sukan, mahupun dalam masyarakat yang lebih luas dan untuk menanganinya memerlukan usaha berpasukan,” katanya.

Ronaldo dan Maguire adalah pemain yang paling banyak menerima kecaman.

Laporan itu mengenal pasti dua pemain berkenaan berada di dua tempat teratas kekerapan tweet kesat.

Yang pertama, ketika Ronaldo menyertai semula Manchester United pada 27 Ogos 2021, menjana tweet tiga kali lebih banyak daripada hari lain (188,769) di mana 3,961 daripadanya adalah tweet kesat.

Jumlah siaran sebahagian besarnya boleh diambil kira kerana 98.4 juta pengikut Ronaldo.

Ketika ini, penyerang Portugal itu disebut dalam 90 peratus daripada semua tweet yang ditujukan kepada pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris dengan 97 peratus tweet makian.

Yang kedua pula, berlaku pada 7 November apabila pemain pertahanan, Maguire membuat tweet permohonan maaf berikutan kekalahan Manchester United di laman sendiri kepada Manchester City. – AGENSI

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.