Sabah FC tamatkan cerita Jorge Pereyra Diaz kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selepas menunjukkan keinginan untuk membawa pulang Jorge Pereyra Diaz ke Liga Malaysia, Sabah FC akhirnya melupakan khidmat pemain itu.

Ia dipercayai kerana isu lama di antara pemain import dari Argentina itu dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT), dan ternyata pengurusan Sabah FC tidak bersedia untuk mengambil risiko selepas mereka menyelidik dengan mendalam mengenai apa yang terjadi.

Sabah FC sebaliknya diberitakan telah berjaya memancing bekas pemain sayap Pahang dari Indonesia, Saddil Ramdani serta penyerang dari Liberia Sam Johnson untuk menambah kelincahan barisan depan, tatkala hanya khidmat Park Tae Su seorang sahaja pemain import lama yang dikekalkan.

Manakala Pereyra Diaz yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2016 pula telah menandatangani kontrak bersama pasukan Liga Divisyen Satu negara kelahirannya, Club Atletico Platense.

Mengimbau semula isu di antara Pereyra Diaz bersama JDT, pemilik pasukan itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah mendedahkan bahawa ia berpunca daripada sikap tidak professional pemain itu sendiri.

“Semenjak saya mengambil alih pasukan bolasepak, dua orang pemain import yang paling susah nak handle adalah Pablo Aimar dan Jorge Pereyra Diaz. Dia boleh datang training hari ini salam dengan kita, esok tak nak tengok muka kita dah, bad mood.

“Saya tak kisah, awak dah buat 200 gol ke, 500 gol ke, bila awak tak hormat kelab saya tak akan teragak-agak untuk singkirkan, tiada pemain yang lebih besar daripada kelab,” menurut Tunku Ismail dalam sesi ramah mesra bersama penyokong beberapa tahun lalu.

Malah, beliau turut mendedahkan pemain itu tidak mahu membayar tiket penerbangan tambahan selepas kuota empat tiket disediakan kepadanya habis digunakan, selain lambat lapor diri ke kem latihan.

“Gaji dia tinggi hampir US$90,000, tapi kalau nak naik first class jer, memanglah bankrap. Lepas tu dah tak dapat, datang kepala tak betul dia pergi tulis pula dekat media sosial.

“Melepaskan rasa marah atau membuat provokasi serta perkara yang tidak sepatutnya di laman sosial sememangnya menjadi kesalahan berat di liga luar negara. Ia kesalahan yang tidak boleh diterima mana-mana kelab professional di dunia.

“Bila perkara ini terjadi, maka JDT menamatkan kontrak dia. Kemudian dia nak minta gaji tiga bulan, mana boleh, kau dah tak kerja sini lagi. Jadi kami bersetuju untuk bayar dia satu bulan gaji, dan dia boleh pergi ke mana-mana kelab yang dia suka.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.