Sanusi : Duit kerajaan negeri bukan untuk selesai masalah bola!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor tampil menjawab mengenai masalah tunggakan gaji dan bebanan kewangan persatuan itu yang menjadi buah mulut penyokong bolasepak tanah air sejak beberapa hari lalu.

Beberapa pemain pasukan Kedah termasuk jurulatih dilihat meluahkan kecewa di laman sosial berikutan kegagalan KFA membayar tunggakan gaji mereka yang sudah masuk lima bulan.

Baca : Ada tak doa untuk sotong timbul cepat, nazak dah ni!

Sanusi berkata beliau sememangnya sedia maklum akan perkara itu dan akan duduk bersama pengurusan KFA untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menjana kembali kewangan melalui penajaan baru yang sedang dalam rundingan tetapi menegaskan tidak akan ‘mengusik’ dana kerajaan negeri.

“Saya tidak akan ambil duit itu (kerajaan negeri) untuk selesai masalah bola kerana ini adalah duit rakyat seperti duit untuk golongan yang memerlukan, anak yatim, ibu tunggal, sekolah dan lain-lain serta pembangunan khususnya untuk orang ramai. Saya Muhammad Sanusi Md Nor tidak akan lakukan.

“Saya ada dua hingga tiga penaja baharu yang saya akan pergi berjumpa dan juga mereka akan datang berjumpa saya dan setakat ini, biarlah ianya menjadi rahsia dahulu dan saya harap ianya menjadi kenyataan,” kata Sanusi dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Star View Menara Alor Star pada Ahad.

Beliau juga tidak menolak akan mengambil langkah penstrukturan semula gaji jika ia baik untuk survival pasukan.

“Saya positif berkaitan hal penajaan ini cuma berkaitan gaji saya harap tukarlah sedikit dan janganlah tinggi sangat,” katanya yang dilantik sebagai Presiden KFA ketika EGM diadakan 12 Julai lalu.

Dalam pada itu, Sanusi menjelaskan bahawa KFA turut bekerja keras menyelesaikan bebanan hutang tinggi lebih dari RM10 juta peninggalan pengurusan lama.

“Masalah gaji ini sudah berlaku sejak tahun lalu dan bukan sahaja tunggakan gaji, tetapi babitkan juga tunggakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tiket pengangkutan.

“Perkara ini bukan berlaku dua minggu lepas tapi sejak tahun lalu dan pada masa itu tidak ada siapa pun yang merungut dan selepas saya memegang jawatan dalam dua minggu, ada pula yang ‘hentam’ saya, ini saya rasakan tidak patut,” tegasnya.

Foto : NSTP

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.