Sanusi nyata hasrat mahu lepas jawatan Presiden KFA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor secara terbuka menyatakan hasrat mahu melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Muhammad Sanusi beranggapan beliau bukan orang yang tepat untuk menguruskan bolasepak Kedah namun menegaskan tidak akan ‘lari’ sebelum selesaikan masalah-masalah berbangkit.

“Selepas selesaikan semua hutang-piutan KFA tinggalan pengurusan sebelum ini, saya bercadang untuk menyerahkan urusan bola sepak kepada mereka yang lebih layak memikulnya. Ada ramai tokoh yang lebih layak untuk urusan ini. Saya akan kekal sebagai penyokong setia pasukan Hijau Kuning,” kata Muhammad Sanusi.

Muhammad Sanusi dilantik sebagai Presiden baru KFA pada Julai lalu, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir susulan berlakunya peralihan kerajaan negeri.

Sebelum ini beliau pernah mendedahkan bahawa KFA menanggung hutang hampir RM10 juta, ia termasuklah hutang tunggakan gaji bagi bulan April, Mei dan Jun.

Muhammad Sanusi bagaimanapun menyelar pengurusan lama sebagai punca KFA dibebani masalah kewangan kritikal.

Sejak memegang jawatan Presiden KFA, Muhammad Sanusi beberapa kali menjadi bahan kecaman penyokong kerana kenyataan-kenyataan yang disifatkan ‘cakap lepas’ dan berbaur kontroversi.

Antaranya mempersoal gaji tinggi para pemain, bercakap tentang kedudukan pemain di dalam skuad pada ketika liga sedang berlangsung selain memberi gambaran Aidil Shahrin tidak lagi diperlukan pada musim depan.

Baca : Penyokong Kedah terkilan dengan Presiden, bolasepak juga hak rakyat

Baca : Beri gambaran Aidil Shahrin tidak lagi diperlukan, Presiden KFA

Baca : Duit kerajaan negeri bukan untuk selesai masalah bola

Terbaru, Muhammad Sanusi dikecam setelah memberi alasan yang mengarut mengenai sebab nama baru Kedah akan dikenali sebagai Darul Aman FC selepas lengkapnya proses penswastaan pasukan, dan bukannya sebagai Kedah Football Club.

“Bila kita fikir-fikir Kedah Football Club akan jadi KFC, (kita) tidak mahu jadi ayam goreng, nak elak daripada ayam goreng kita namakan Darul Aman FC (DFC), masih guna warna yang sama, lagu yang sama, hijau kuning, kita boleh bersorak sama,” katanya ketika sidang media di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Foto : NSTP

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.