Sanusi : Kenapa bekas Presiden KFA boleh tawar gaji pemain sehingga RM125,000?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor berpendapat persatuan itu tidak akan berdepan dengan masalah kewangan tenat jika bekas Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat perancangan kewangan bijak dan tidak berbelanja di luar keupayaan.

“Pergi tanya bekas Presiden yang bertanggungjawab mencetuskan masalah ini, pasal apa dia buat perancangan kewangan KFA tidak mengikut keupayaan.

“Kenapa dia sign player bayar gaji mahal sampai RM125,000? Tak ukur baju di badan sendiri, dia nak ikut siapa pada masa tu? Pada masa itu kesilapan telah berlaku, takda siapa tegur. Peminat (penyokong) pun duk diam.

“Adakah peminat mahu saya ambik duit orang miskin, anak yatim, ibu tunggal bayar kepada pemain bola? Saya takkan buat benda tu dan saya tegas dalam perkara ini.

“Kalau lantik Menteri Besar jadi Presiden KFA supaya boleh agih dana, saya tidak akan buat,” tegas Sanusi.

Baca : Sanusi – Duit kerajaan negeri bukan untuk selesai masalah bola

Baca : Ada tak doa untuk sotong timbul cepat, nazak dah ni! 

Tambahnya, “Pada 2 Ogos kita akan ada mesyuarat KFA, saya akan tengok balik apa pelan yang ada di KFA pada masa lalu, adakah komitmen itu akan mengubah keupayaan kita. Kalau perlu ‘overhaul’ semua saya akan ‘overhaul’.

“Kalau perlu pemotongan gaji, saya akan cadang pemotongan gaji. Memamg FAM ada bagi kelonggaran dan cadangan pemotongan gaji disebabkan penangguhan liga jadi kita akan laksanakan.

“Kalau kita rasa keupayaan kita hanya boleh bayar RM20,000, kita bayar RM20,000. Siapa yang rasa boleh main dengan jumlah itu, sila tunggu.

“Kalau mereka rasa tak patut dan gaji sepatutnya RM100,000, KFA akan buka pintu untuk mereka mencari tempat yang lebih baik dari segi kewangan bagi pemain itu,” kata Sanusi dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Star View Menara Alor Star pada Ahad.

Kedah telah membawa masuk ramai pemain bintang bagi musim 2020 sama ada tempatan mahupun import termasuklah mengikat Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Shahril Shaari, Irfan Zakaria dan Hadin Azman.

Bagaimanapun mereka gagal membayar gaji sejak bulan Februari lalu dan sehingga kini ia sudah tertunggak lima bulan, sehinggakan sudah ada yang bersuara di media sosial.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.