Sathianathan Calon Sesuai Bimbing Perak FC

Sathianathan
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas penyerang Perak FC dan skuad kebangsaan, Khalid Jamlus berpendapat B.Sathianathan adalah individu paling tepat untuk memulihkan prestasi pasukan itu yang kini sedang melalui fasa terburuk dalam sejarah penyertaan mereka di Liga Super.

Perak FC kini bergelut di zon penyingkiran, menduduki tangga kesebelas Liga Super 2021 dengan 14 mata selepas mengharungi musim penuh kemelut sekaligus berdepan potensi untuk tersingkir ke Liga Premier buat kali pertama.

Ini menyebabkan pengendali Chong Yee Fatt menjadi sasaran kecaman dan penyokong menuntut pihak pengurusan mengambil langkah segera dengan mencari pengganti berwibawa.

Nama Khalid Jamlus antara yang dipetik penyokong dan menerusi laporan Labola Malaya pada Isnin lalu, bekas pemenang kasut emas Liga Perdana Satu itu menyatakan dia bukan orang yang layak untuk mengemudi Perak FC namun mengharapkan peluang diberi untuk berada di dalam barisan kejurulatihan.

Berita berkaitan : Korang takut sangat nak bagi aku peluang kenapa? 

Selain menegaskan dia mentah pengalaman, terbaru Khalid Jamlus mencadangkan kepada Perak FC supaya B.Sathianathan yang juga merupakan anak Perak untuk dipertimbangkan.

“Aku tak layak lagi dan perjalanan aku untuk belajar pun masih jauh, kalau betul-betul nak aku rasa kenapa tak lantik B.Sathianathan. Aku rasa beliau lagi layak, dari pengalaman aku sebagai pemain dulu aku nampak bagaimana perubahan drastik berlaku dengan pasukan Kelantan dan (dibantu) perancangan yang cukup teratur.

Khalid Jamlus cadang Sathianathan Sathianathan Calon Sesuai Bimbing Perak FC

“Beliau juga pernah bersama pasukan Olimpik 2000 serta banyak pasukan lain, banyak perubahan drastik berlaku disebabkan pengalaman luas beliau. Sekarang beliau di Sarawak United sebagai Pengarah Teknikal.

“Kalau korang nak tahu beliau sebenarnya lahir di Perak, apa-apa pun anda di luar sana lebih bijak daripada saya untuk membuat pilihan. Tak cuba tak tahu, semoga Perak akan kembali digeruni suatu hari nanti. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan, sekadar cadangan aku sahaja,” ujar Khalid Jamlus.

Sebagai rekod, Sathianathan yang juga bekas jurulatih kebangsaan pernah membimbing antaranya pasukan Kelantan FC, ATM, Felda United dan Selangor.

Berita berkaitan : Kisah Sathianathan ubah Kelantan sebagai kuasa besar selepas Peter Butler hilangkan diri

Antara pencapaiannya adalah menoktahkan penantian panjang pasukan itu untuk menjulang Piala Malaysia pada 2010, selain menjadikan ATM antara pasukan digeruni dalam Liga Malaysia.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.