Sathianathan dipecat Selangor!

SHAH ALAM, 29 Dis -- Ketua Jurulatih Pasukan Selangor B Sathianathan (kanan) ketika sesi latihan bagi persiapan menghadapi kejohanan Asia Cup Challenge 2020 di Padang SUK Shah Alam hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengambil keputusan memecat ketua jurulatih B.Sathianathan, berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan antara pengendali itu dengan pengurusan tertinggi FAS pada pagi Isnin, dengan FAS dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya pada petang ini.

Sathianathan mula membimbing Selangor pada 2019 dan pada musim pertamanya itu berjaya membawa pasukan itu menduduki tangga ketiga Liga Super, melonjak lima tangga berbanding musim sebelumnya.

Selain itu Selangor turut mara ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia 2019.

Tetapi Sathianathan menjadi sasaran kritikan susulan prestasi kurang meyakinkan Red Giants musim ini di sebalik telah berbelanja besar membawa masuk pemain-pemain berprofil tinggi.

Setelah Liga Malaysia kembali bersambung pada hujung bulan Ogos lalu, Selangor hanya berjaya mencatat satu kemenangan, menjadikan dua keseluruhan dari lapan perlawanan yang telah diharungi.

Kemuncak kepada prestasi buruk adalah pada Sabtu lalu apabila mereka dibelasah tanpa belas kasihan 6-1 oleh pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Ibrahim Larkin menerusi dua jaringan Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah, serta satu jaringan Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera.

Baca : Sathianathan salahkan diri, ambil tanggungjawab kekalahan besar di tangan JDT

Baca : ‘Kalau saya ahli silap mata, mungkin saya tahu siapa pemain akan beraksi baik’

Baca : ‘Kalau pemain tak skor, takkan saya nak masuk jaringkan gol’

Ia sekaligus menyaksikan juara Liga Super 2009 dan 2010 itu tergelincir ke tangga ketujuh liga dengan hanya 10 mata, dan dilihat sukar untuk mencapai sasaran menghuni kedudukan dua terbaik seterusnya layak ke Piala AFC.

Jika gagal untuk menghuni dua teratas, Selangor masih ada satu lagi talian hayat untuk layak ke Piala AFC iaitu dengan menjuarai Piala Malaysia yang akan berlangsung sejurus saingan liga tamat.

 

 

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.