‘Saya ada pengalaman, i’m somebody, takkan nak latih tukang kebun kan?’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas penyerang kebangsaan Khalid Jamlus tetap berpendapat kerjaya sebagai jurulatih adalah pilihan terbaik untuknya walaupun ramai mencadangkan supaya dia cuba menceburi bidang lain.

“Kenapa perlu jadi coach, sebab saya ada pengalaman, bukanlah kata hebat mana pengalaman tu tapi i’m somebody, pernah berusaha, pernah bermain dengan Perak, Selangor, pasukan kebangsaan, jadi inilah masa saya curahkan bakti. Tidak kisah sama ada national (team) atau negeri. Sekurang-kurangnya ada, takkan mati (begitu sahaja) semua yang saya ada tu?

“Kalau boleh saya nak (ajar) macam mana nak jadi good player, penyerang yang bagus, benda tu ada kat saya. Takkan nak pergi ajar kat budak-budak tukang kebun macam tu kan? Itu saya nak sampaikan, kalau anda tak bagi saya peluang, macam mana saya nak curahkan apa kelebihan yang saya ada ada, itu jer.”

Khalid Jamlus bercakap kepada pemberita selepas bertemu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Putrajaya pada Rabu.

Dalam laporan Labola Malaya pada Selasa, Khalid Jamlus yang kini berusia 43 tahun mengeluh kerana tiada siapa memberikannya peluang terlibat di dalam bolasepak.

Baca : Tanyalah mereka, kenapa seorang bekas pemain kebangsaan ada lesen, nak jadi assistant coach pun tak dapat 

KEKAL DENGAN HASRAT JUAL KASUT EMAS

Sementara itu Khalid Jamlus kekal dengan hasratnya untuk melelong kasut emas penjaring terbanyak yang dimenangi pada 2002 walaupun pertemuan dengan Wan Ahmad Fayhsal sudah boleh membuatkannya tersenyum.

“Pertemuan tadi adalah perbincangan yang Insyallah ada sinar untuk saya di masa akan datang. Apa yang saya dapat lihat situ YB ( Wan Ahmad Fayhsal) suarakan idea bagaimana nak saya teruskan kehidupan.

“Beliau memberi peluang baik untuk masa depan, itu yang saya rasa sekarang the best untuk saya berbanding apa yang saya miliki sekarang. Saya terharu.

“Untuk sekarang, saya perlu lepaskan barangan peribadi dan kasut demi kelangsungan hidup saya. Saya susah tak ada orang bantu tapi saya tak salahkan sesiapa.

“Kasut, sudah ada bidaan dari Sabah dan Pantai Timur, dua orang pembida dengan bidaan sudah mencecah RM40,000.

“Sekarang saya tunggu seminggu ini kalau ada bidaan lebih baik dari orang Perak nak buka muzium dan letakkan barang-barang ‘legend’ bola sepak (dengan bidaan harga tinggi) saya akan serahkan.

“Kasut ini buruk, tetapi bayangkan nilai sentimennya sudah 18 tahun sejak 2002. Saya bersaing dengan pemain import gred A untuk merangkul segala pingat dan anugerah. Jadi, terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menilai kasut itu.

“Kalau tidak saya akan serahkan kasut emas ini kepada pembida tertinggi yang berjaya dari Sabah,” ujar Khalid Jamlus.

Mengenai peluang ditawarkan Wan Ahmad Fayhsal, Khalid Jamlus berkata biarlah beliau sendiri yang mengumumkan apabila tiba masanya.

Foto ehsan : Malaysia Gazette

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.