“Saya bukan jenis jurulatih jaga periuk nasi sendiri dan biarkan anak orang lain mati,” kata Teong Kim

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kritikan bekas pemain kebangsaan, Rosli Hussein kepada Lim Teong Kim, dibalas dengan jawapan yang cukup pedas dan padu.

Rosli Hussein sepertimana dilaporkan Labola Malaya baru-baru ini, berkata dia terkilan Lim Teong Kim begitu lantang mengkritik penyertaan skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Premier dan cuba mengelirukan orang ramai dengan maklumat-maklumat negatif.

Malah dia berpendapat Lim Teong Kim sekadar mahu menutup kegagalannya di Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari sebelum ini.

Berita berkaitan : Kritikan Lim Teong Kim nak tutup kegagalan dia di NFDP dan AMD,” kata Rosli Hussein¬†

Tetapi Lim Teong Kim membalas dengan hujah yang pastinya membuatkan Rosli Hussein menyesal dan tidak lena tidur memikirkan kenapalah dia bersuara mengenai skuad Projek FAM-MSN ini.

“Pernahkah dia melatih pasukan pembangunan remaja? Berapa tahun pula dia melatih skuad remaja? Berapa pula kemenangan di dalam sebarang kejohanan atau liga kejuaraan atau pertandingan lain?” soalnya dalam laporan disiarkan MAXGOAL SPORTS.

“Kalau dia ada jawapan semua yang saya tanya itu, maknanya apa yang Rosli cakap boleh ‘dipakai’. Sekiranya tidak ada jawapan, dia sebenarnya mengarut. Atau mungkin dia hanya pancing untuk dapatkan ‘job’ di FAM sahaja.

“Jika betullah dia peduli mengenai bola sepak remaja ini, adakah dia mengikuti setiap perlawanan skuad projek MSN-FAM ini?

“Berapa hantaran pemain-pemain dapat sebelum mereka hilang bola? Berapa saat atau minit seseorang pemain dapat bola di kaki dalam tempoh 90 minit perlawanan? Atau bagaimana pula hantaran penjaga gol merancang melakukan serangan?” soalnya lagi sambil tidak menafikan ramai orang boleh mengkritik ‘kosong’ mengenai pembangunan bola sepak.

“Saya mempunyai pengalaman yang luas terhadap pembangunan bola sepak remaja. Ini tanggungjawab saya untuk melindungi pemain-pemain apabila saya melihat sesuatu perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya bukan seperti segelintir jurulatih atau pegawai yang ‘membuta’ dan membisu yang mana masing-masing ingin menjaga periuk nasi mereka sendiri, dan biarkan anak-anak orang lain ‘mati’ kerana bukan anak sendiri,” kata Lim Teong Kim sambil menafikan pernah bermain sepasukan dengan Rosli Hussein di Kuala Lumpur sepertimana dinyatakan oleh bekas penolong setiausaha agung FAM itu.

Tegas Lim Teong Kim lagi, “Dia ada cakap saya gagal bersama NFDP dan AMD. Pada mata dia, saya gagal kerana tidak layak ke aksi Piala Dunia Bawah 17 Tahun. Memang betul, saya tidak layak. Dia mempunyai mentaliti bola sepak senior seperti ramai jurulatih lain. Sebab itu dia kata saya gagal.

“Bola sepak senior ‘is all about winning’ tetapi bukan bola sepak remaja. Saya nak tanya dia, mana datang pemain-pemain beraksi pada Kejuaraan AFF B-19 yang bergelar juara?

“Lapan (8) pemain daripada AMD, manakala enam pemain sentiasa beraksi senarai sebelas utama semasa kejohanan AFF B-19 dan ketika itu mereka berumur 17 tahun.

“Dia fikir, pemain-pemain itu datang daripada mana? ‘Bomoh kampung’ hantar pemain-pemain kepada FAM? Atau pun, pemain-pemain ini mungkin tumbuh di pokok kelapa rumahnya? Tiba-tiba pemain-pemain ini menjadi handal.”

Skuad projek MSN-FAM yang dibarisi pemain-pemain berusia 19 tahun ke bawah menjadi tumpuan penyokong bolasepak tempatan kerana mereka diberi kebenaran bermain di Liga Premier atas nama pendedahan dan pembangunan pada ketika ramai beranggapan itu bukan platform sesuai untuk mereka.

“Di Jerman, pembelajaran kejurulatihan dalam bola sepak adalah lebih mengenai aspek psikologi dan pedalogi bukan hanya taktikal, teknikal dan ‘physical conditioning’ dalam bola sepak. Kerana bekerja dengan golongan ini mental mereka belum kuat dan matang bukan seperti orang dewasa,” tambahnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.