“Saya Bukan Nak Bodek JDT”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan mengulangi pendapat bahawa keputusan lebih baik boleh dicatat skuad Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan antarabangsa minggu lalu sekiranya pemain-pemain tonggak terutama dari Johor Darul Takzim beraksi.

“Kalau nak menang memang susah (walaupun ada ramai pemain tonggak). Tapi mungkin bukan senang buat Uzbekistan atau Jordan untuk bermain. Kita akan bagi lebih tekanan dan mereka takkan mudah untuk menembusi bahagian kiri dan kanan (Harimau Malaya).

“Memang (keputusan) berubah kerana standard mereka (pemain JDT) lebih tinggi. Kalau anda tanya saya berkenaan perlawanan semalam (kelmarin), pemain yang ada sekarang memang standard jauh berbeza kalau dibandingkan dengan pemain JDT.

“Saya bukan nak angkat JDT, nanti orang kata saya ‘bodek’. Tapi pemain JDT sudah pernah bermain di ACL (Liga Juara-Juara Asia) dan dalam liga tempatan pun mereka lebih berjaya.

“Pemain berkualiti ada dekat JDT dan kita tak boleh lari daripada kenyataan bahawa pemain yang ada dekat JDT, selain tak ada Brendan Gan dan sebagainya, jauh perbezaan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya kali ini.

“Itu yang saya nampak jurang perbezaan. Kalau main tanpa tiga tonggak tak apa, ini hingga 10 atau 11 pemain. Aidil sahaja yang selalu main dengan skuad kebangsaan,” katanya Sathianathan kepada BH Sukan.

Tan Cheng Hoe tidak memanggil bintang-bintang JDT termasuk Farizal Marlias, Safawi Rasid, Corbin Ong, Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh ke kem latihan kali ini, sebaliknya menyenaraikan ramai muka baru bagi memberi mereka pendedahan dan pengalaman bermain di pentas antarabangsa.

“Jadi Tan Cheng Hoe tak bawa pemain ini sebab dia sudah tahu mereka boleh main. Saya fikir Tan memang sudah rancang kerana seorang jurulatih tahu siapa yang akan bermain.

“Ketika saya bawa pasukan kebangsaan dulu, saya sudah tahu dalam kepala saya siapa yang boleh main, siapa tak boleh main dan siapa yang boleh ikut cara permainan kita,” katanya.

Antara pemain yang telah mendapat kap antarabangsa sulung adalah Arif Fadzillah, Hakimi Abdullah, Quentin Cheng dan Mukhairi Ajmal manakala pemain seperti Faisal Halim, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi Che Mat membuat penampilan semula setelah digugurkan dalam skuad sebelum ini.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.