“Saya maafkan semua” – Safee Sali

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tatkala kenyataan dibuatnya mengenai isu pemain merokok menjadi topik hangat dibincangkan penyokong bolasepak tempatan di media sosial, Safee Sali nampaknya tidak mencari jalan untuk menjernihkan keadaan.

Sebaliknya penyerang KL City FC itu ibarat menuang petrol ke dalam api yang menyala dengan membuat kenyataan sinikal “Minumlah air dengan banyak. Saya maafkan semua, takpe Allah sayang orang pemaaf ni. Masalah kecil jer, selamat malam”.

Ia jelas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong yang beranggapan bekas penyerang kebangsaan itu bersifat egois tidak mahu mengakui kesilapan dan meminta maaf atas kenyataan kurang profesional dikeluarkannya.

Ini antara beberapa komen followers pemain itu yang dilihat kecewa dengan atitudnya itu, apatah lagi ia dilihat tidak mencerminkan mentaliti seorang pemain profesional lebih-lebih lagi dia merupakan Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

“Maafkan semua, tapi (diri) sendiri tak minta maaf keluarkan kenyataan begitu. Orang yang hebat adalah orang yang tahu meminta maaf bila melakukan kesilapan.” – dean.aziz90

“Kenyataan abang tu menunjukkan ouh patutlah layak main Liga Malaysia jer. Sorry to say bang, dari segi hukum islam tu dah haram. Sebagai pemain abang sepatutnya ada mentaliti yang baik, berdisiplin, jangan kata projek naturalisasi gagal kalau abang sendiri gagal. Better ambik naturalisasi dari ambik abang, jauh disiplin pemain naturalisasi dari pemain tempatan.” – ahmadhasanjamil

IMG 20210811 WA0007 "Saya maafkan semua" - Safee Sali

IMG 20210811 WA0008 "Saya maafkan semua" - Safee Sali

IMG 20210811 WA0009 "Saya maafkan semua" - Safee Sali

IMG 20210811 WA0013 "Saya maafkan semua" - Safee Sali

IMG 20210811 WA0010 "Saya maafkan semua" - Safee Sali

IMG 20210811 WA0011 "Saya maafkan semua" - Safee Sali

IMG 20210811 WA0012 "Saya maafkan semua" - Safee Sali

Begitupun ramai juga pengikut Safee Sali yang memberikan nasihat dan meminta pemain itu supaya lebih berhati-hati
di masa akan datang.

Berita berkaitan : Ditanya Tentang Pemain Kuat Merokok, Safee Sali Beri Jawapan Luar Biasa

Terdahulu, Safee Sali ketika menjawab soalan salah seorang pengikut di instagramnya tentang pemain tempatan kuat merokok menjawab ia tidak menjadi masalah selagi mereka boleh ‘perform’.

“Pemain tempatan merokok, pemain import minum arak, sama jer kan? Selagi mereka boleh perform dan tidak membahayakan nyawa/karier, tidak jadi masalah.”

Bekas pemain kebangsaan era 90-an, Abdul Malek Rahman turut membidas Safee Sali dan melabel kenyataannya itu sebagai memalukan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.