‘Saya tak boleh tidur malam sebelum lawan Kedah sebab fikir kena skor 3 gol

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui beraksi dalam tekanan tinggi ketika perlawanan terakhir Liga Super antara Perak dan Kedah, pada Ahad lalu.

Perak tewas perlawanan itu 2-3 walaupun pada satu ketika berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Shahrel Fikri mengakui keinginan untuk mengulangi kejayaan Indra Putra yang muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan menewaskan pemain import pada 2004, dalam masa sama mahu membawa Perak layak ke Piala AFC menyebabkannya terbeban untuk menampilkan aksi terbaik.

“Saya perlu pilih salah-satu (muncul penjaring terbanyak atau bawa Perak ke Piala AFC) tetapi kedua-duanya amat penting.

“Bagi saya, ia memang satu beban tetapi boleh dikatakan bukan rezeki saya.

“Saya menonton perlawanan pasukan lain setiap malam, lebih-lebih lagi apabila menonton perlawanan Selangor menentang Felda United (malam sebelum Kedah lawan Perak).

“Apabila melihat Ifedayo (Olusegun) dapat menjaringkan hatrik, dia sudah lebih dua gol mengatasi saya.

“Jadi, pada malam itu, memang saya tidak boleh nak tidur kerana memikirkan untuk menjaringkan tiga gol.

“Saya juga berfikir adakah saya akan mendapat sepakan penalti ketika menentang Kedah atau tidak.

“Saya takut apabila saya ambil sepakan penalti itu tidak masuk. Perkara itu semua sudah bermain dalam fikiran saya.

“Memang ia merupakan satu tekanan buat saya dalam perlawanan itu,” kata dalam temubual esklusif disiarkan Nadi Arena.

Shahrel Fikri juga mengakui dia beraksi dengan menanggung kecederaan di kedua-dua belah groin (celah kelangkang) tetapi tidak mahu menjadikannya sebagai alasan gagal bermain dengan baik.

“Saya seorang pejuang, walaupun sakit di bahagian kelangkang di kiri dan kanan, saya masih bersemangat untuk mengejar kedua-dua misi itu tetapi nak buat macam mana, memang sudah tiada rezeki.

“Saya sudah mencuba sedaya-upaya untuk membantu pasukan.

“Saya berasa kecewa kerana kedua-duanya lebur begitu sahaja. Saya tidak dapat menang Kasut Emas dan tidak dapat membantu Perak ke peringkat Asia,” katanya lagi.

Kegagalan menambah jaringan pada aksi terakhir menyaksikan Shahrel Fikri menamatkan musim dengan 10 gol dari 11 perlawanan, manakala Perak yang tewas kepada Kedah menamatkan saingan di kedudukan keempat Liga Super.

Penyerang Selangor Ifedayo Olusegun memenangi kasut emas dengan 12 gol.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.