Sebelum Final, Tak Ada Pula Kata Alami Kecederaan – Pengurus Olahraga Malaysia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengurus pasukan olahraga Malaysia, M.Iyaru tampak tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan kegagalan atlet lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Nauraj yang juga pemegang rekod kebangsaan, tampil dengan prestasi longlai apabila gagal dalam kesemua tiga percubaan untuk melepasi ketinggian 2.10meter, sekaligus menjadi peserta pertama tersingkir daripada final pada Rabu.

Catatan terbaik Nauraj Singh dalam aksi final membabitkan 13 peserta itu adalah menerusi lompatan pertamanya, 2.05meter, jauh dari rekod kebangsaan miliknya 2.30meter.

Nauraj Singh ketika ditemui pemberita selepas aksi final mendedahkan kecederaan tumit yang dialaminya adalah punca yang menjejaskan prestasinya dalam penampilan ketiganya di temasya sukan berprestij itu selepas Glasgow 2014 dan Gold Coast 2018.

Tetapi apa yang mengejutkan, Iyaru memaklumkan Nauraj yang dilihat bersemangat untuk memadam rekod kebangsaannya di Birmingham, tidak ada pula menyatakan mengalami kecederaan sebelum turun bertanding.

“Dia perlu jujur, jika gagal seperti ini memang mengecewakan, anda mesti memahami (harapan) seluruh negara, kita perlu jawab nanti (prestasi Nauraj di Birmingham),” ujarnya.

Iyaru juga memaklumkan bahawa Nauraj Singh yang berlatih sendiri di Jerman tidak ada menghantar laporan mengenai prestasi terkininya kepada Kesatuan Olahraga Malaysia.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku padanya di Jerman, sepatutnya tiada apa yang perlu disembunyikan,” tambahnya sambil menyatakan pendapat bahawa sudah tiba masa Nauraj Singh kembali berlatih di Malaysia sahaja bersama Majlis Sukan Negara.

Menurutnya, prestasi Nauraj jauh lebih baik ketika berlatih di MSN berbanding di Jerman, malahan dia juga gagal membuktikan tahap keupayaannya termasuk sekadar meraih pingat perak pada Sukan SEA 2021 di Hanoimyang menyaksikan berakhirnya dominasi Malaysia pada temasya dwitahunan itu sejak edisi Manila 2005.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.