“Selangor Pasukan Tepat Iringi JDT Ke ACL” – Khalid Ali

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selangor adalah pasukan paling tepat untuk mengiringi Johor Darul Takzim untuk beraksi secara automatik di Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Demikian pandangan bekas pemain Selangor dan kebangsaan, Khalid Ali, sepertimana dilaporkan oleh Arena Metro.

Menurutnya, Selangor dipilih berdasarkan kepada kemampuan kewangan pasukan itu serta fasiliti pusat latihan yang kedua terbaik di negara ini bagi menyediakan pemain di tahap tertinggi.

“Saya lihat Selangor sebenarnya ikut JDT, kerana mereka ada sumber kewangan yang kukuh dan banyak cuma tidak bijak menggunakannya dalam pemilihan pemain dan jurulatih.

“Jika diletakkan orang yang tepat di setiap posisi dalam pasukan Selangor, ditambah pengurusan yang betul-betul memahami bola sepak moden, saya percaya slot ke ACL boleh jadi milik Selangor.

“Pasukan lain pun bagus seperti Terengganu FC, tapi saya lihat Selangor lebih berkemampuan jika pasukannya itu distruktur semula dan letak orang-orang yang tepat,” katanya.

Berdasarkan peningkatan mata ranking kelab Asia, Malaysia dijangka memperolehi empat slot ke ACL dengan dua daripada automatik ke peringkat kumpulan manakala dua lagi akan bersaing di pusingan kelayakan.

Lantas ini bermakna pada musim 2024 nanti, dua wakil Malaysia akan terus layak, sementara dua lagi berpeluang mengikut jejak dua kelab yang sudah layak secara automatik sebelum itu.

“Macam saya kata tadi, JDT dan Selangor perlu layak terus main. Buat dua lagi pasukan (pusingan kelayakan ACL) mungkin Terengganu dan satu lagi rebutan buat kelab-kelab lain,” katanya.

Tambah Khalid Ali lagi, perkara paling penting yang wajib dilakukan semua pasukan dalam Liga M ketika ini adalah, bagaimana untuk tingkatkan tahap permainan agar tidak menjadi mangsa belasahan di ACL nanti.

“Saya sarankan semua kelab-kelab di Liga M ini contohilah macam JDT. Pergilah ikut ‘blue print’ yang digunakan JDT untuk tingkatkan pengurusan dan sistem latihan.

“Kita tidak mahu kelebihan slot yang diberikan nanti menjadi lubuk dibelasah kelab-kelab kuat dari Jepun atau Korea Selatan, malu pulak kita nanti.

“Jadi kalau berhasrat nak main seperti JDT di ACL, kena ubah dari sekarang dan janganlah mendabik dada selesa dengan apa yang ada sekarang ini,” ujarnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.