Selepas 8 Tahun Bersama FAM, Brad Maloney Berundur

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu mengumumkan bahawa telah mencapai persetujuan untuk melepaskan pengendali skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney daripada jawatannya itu.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat secara persetujuan bersama selepas Brad Maloney hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Dalam mesyuarat itu, Brad Maloney telah membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu serta Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.

“Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.

“Selamat maju jaya kepada Maloney dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini. Jasa dan sumbangan beliau sepanjang lapan tahun bersama FAM ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih,” ujar Saifuddin.

Sepanjang mengendalikan skuad B-23 negara, satu-satunya pencapaian boleh dibanggakan Brad Maloney adalah membawa skuad negara layak beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2022 pada Jun lalu.

Dia kemudian dikritik hebat susulan kegagalan pasukan B-23 menyinar di tiga kejohanan tahun ini bermula daripada saingan Piala AFF B-23 di Kemboja yang mana Malaysia tewas dua kali kepada Laos, yang dianggap sebagai titik hitam kepada bolasepak tanah air.

Kemudiannya di temasya Sukan Sea, pasukan negara kandas di peringkat separuh akhir, kemudiannya tewas kepada Indonesia pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Rentak sumbang terus diperagakan di Piala Asia apabila skuad muda negara kecundang dalam semua tiga aksi Kumpulan C.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.