Selepas beregu lelaki hadiahkan pingat, Lee Chong Wei buat kelakar lagi

Lee Chong Wei buat kelakar lagi
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Gandingan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menceriakan rakyat Malaysia dengan menghadiahkan pingat pertama kontijen negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Sabtu.

Mereka menewaskan pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam pertarungan sengit tiga set untuk memenangi pingat gangsa, sekaligus memastikan badminton tidak pulang tangan kosong dari edisi kali ini.

Tidak ketinggalan berkongsi rasa gembira, bekas jaguh badminton tanah air yang juga chef-de-mission kontijen negara, Datuk Lee Chong Wei.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah ayat kelakar mencuit hati yang digunakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu untuk menggambarkan kegembiraannya.

“Cilaka, first time layan Olimpik badminton medal match live depan TV. Basah ketiak!”, tulis Lee Chong Wei di instastory sambil mengucapkan tahniah kepada dua pemain itu.

Lee Chong Wei komen Selepas beregu lelaki hadiahkan pingat, Lee Chong Wei buat kelakar lagi

Reaksi kelakar Lee Chong Wei itu, hanya sehari selepas dia memberi nasihat dalam nada lucu dan menghiburkan kepada pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia agar berlatih di Melaka selepas ini untuk memenangi pingat emas Olimpik.

Sebagai rekod, Aaron Chia-Wooi Yik pada satu ketika berdepan tekanan hebat selepas kecundang set pertama 17-21 sebelum bangkit memenangi dua set berikutnya 21-17, 21-14 dalam aksi di Plaza Sukan Mushashino.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Aaron berkata dalam keadaan tertekan terutama ketika ke­tinggalan di set kedua, dia hanya memikirkan tentang keluarga untuk mencari kekuatan.

“Ketika ketinggalan di set ke­dua di mana mereka mendahului empat mata di depan, kami terpaksa bermain secara bertahan.

“Ketika itu fikiran saya hanya kepada keluarga, itu yang membuatkan saya kuat dan terus memberikan cabaran. Boleh kata saya puas hati dapat menang pingat di sini ­biarpun bukan 100 peratus kerana kami ada buat kesilapan,” kata Aaron.

Manakala Wooi Yik yang merupakan anak saudara kepada bekas pemain kebangsaan Soo Beng Kiang pula berkata, “Saya sangat gembira kerana kami amat tertekan tadi. Kami enggan menyerah kalah dan hasilnya permainan menjadi.”

Foto ehsan : Majlis Sukan Negara/Kamarul Akhir (asiana.my)

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.