Selepas Dikatakan Bakal Dinaturalisasi, Gonzalo Cabrera Dilepaskan JDT

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Johor Darul Takzim mengumumkan telah melepaskan pemain import Gonzalo Cabrera setelah lima musim dia menyarung jersi pasukan itu.

Cabrera merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman JDT bagi saingan Liga Super dan juga semua pertandingan.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, “Ia merupakan sebuah pengalaman bersama yang akan sentiasa dikenang, memenangi pelbagai trofi dan menjaringkan begitu banyak gol untuk menjadi penjaring terbanyak JDT sepanjang zaman untuk Liga Super Malaysia (43 gol) dan kesemua pertandingan (66) dalam 152 penampilan sejak 2017.

“Sudah tiba masanya untuk berpisah tetapi ianya merupakan penghormatan yang amat besar. Terima kasih sekali lagi untuk setiap detik yang indah dan kami ucapkan selamat maju jaya.”

Sepanjang bersama JDT, Cabrera menjulang lima kali trofi Liga Super; dua kali Piala Malaysia dan empat kali Piala Sumbangsih.

Pemain kelahiran Argentina yang memegang pasport Iraq itu boleh dikatakan antara import terbaik pernah membintangi pasukan harimau selatan malah pernah dicanang akan didaftarkan sebagai pemain tempatan pada 2022 memandangkan telah cukup syarat untuk dinaturalisasikan.

“Untuk tahun depan kemungkinan Cabrera akan dapat kerakyatan dan boleh bermain untuk negara,” kata Tunku Ismail dalam satu temu bual bersama stesen televisyen swasta sebelum ini seperti dilaporkan BH Sukan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.