“Sepak Bola Pun Tak Reti Nak Cakap Banyak” – Jamal Bangga Harimau Malaya Tak Dibelasah Teruk

Jamal Nasir
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tiada sebab untuk Harimau Malaya malu dengan kekalahan 4-0 kepada Jordan dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Rabu lalu.

Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail berkata beliau berbangga kerana pasukan negara tidak menjadi pasukan belasahan dengan mengalami kekalahan yang lebih besar mengambil kira beza ranking terlalu jauh dengan Jordan.

Malah, Jamal Nasir juga mahu penyokong lebih realistik memandangkan Tan Cheng Hoe tidak memanggil pemain-pemain utamanya bagi tugasan antarabangsa kali ini sebaliknya menurunkan pemain yang jarang beraksi dan juga muka-muka baru.

“Kita tengok ranking Jordan dekat mana, kita ini contohnya gajah nak lawan kancil. Kita kena sedar diri, tapi bagus kita cuba dengan pasukan tahap tinggi, baru kita nampak di mana kelemahan yang kita ada.

“Jangan kita main semua nak menang, kalah kutuk. Pada saya 4-0 ini tidak teruk, ini Jordan ranking 93, kita 157, anda boleh bayangkan. Kalau bandingkan (ranking) 93 dengan 157, sepatutnya kena (kalah) 10-0.

“Kalah 4-0 itu saya bangga kerana mereka buktikan pemain Malaysia yang baru dipilih ada bakat dan berkaliber. Walaupun tanpa tujuh, lapan pemain (utama) dari JDT dan jika mereka ada dalam pasukan, memang lagi kuat pasukan kita,” katanya dipetik dari BH Sukan.

Jamal Nasir juga menasihatkan Cheng Hoe supaya tidak melayan kritikan tidak membina daripada penyokong dan fokus kepada usahanya untuk membentuk skuad terbaik bagi menghadapi Piala AFF.

“Tak payah layan (netizen), kalau anda layan anda sakit kepala. Saya pun tak layan, mereka maki dan kutuk saya macam-macam, saya tak kisah pun. Ini demokrasi, tapi saya cakap berdasarkan fakta.

“Mereka cakap ikut suka hati, main bola pun reti, nak cakap banyak. Tengok orang yang main untuk negeri mana ada komen sebab mereka tahu apa yang saya cakap, tapi yang cakap melalak ini mereka yang tak tahu.

“Mereka tak pernah duduk di padang, mereka tak faham. Cuba duduk dalam padang, ada 100 orang penonton, saya fikir mereka kecut (gugup), sepak bola pun tak betul nak cakap banyak,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.