Setelah angkat nama JDT, Tunku Ismail si pemburu kejayaan sasar lebar sayap terbang lebih tinggi

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor) memberi bayangan mahu membeli salah sebuah kelab terbaik dalam sejarah La Liga, Valencia CF.

Pemilik pasukan Johor Darul Takzim itu memuat naik pelbagai info dan statistik mengenai Valencia CF termasuk ranking serta nilai semasa kelab itu yang berharga €408 juta atau bersamaan RM1.9 billion. Pasukan itu ketika ini dimiliki oleh jutawan terkenal dari Singapura yang juga kawan baik Tunku Ismail, Peter Lim.

“Saya bukan ahli perniagaan, saya seorang Putera Raja. Wang tidak mendorong saya, hanya kegemilangan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya. Bukan rahsia bahawa saya meminati bola sepak, saya sangat bersemangat.

”Saya bukan baru dalam bola sepak, saya berjaya membina sebuah kelab (JDT FC) dari setiap tahun bersaing di zon penyingkiran tetapi kini mendominasi kejuaraan setiap musim. Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan musim. Kami adalah kelab terbesar di Asia Tenggara dan salah satu terbesar di Asia,” tulisnya di instastory peribadi.

Menurutnya lagi, Valencia CF yang pernah menjuarai La Liga sebanyak enam kali serta muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah dua kali pada 2000 dan 2001, perlu melakukan perubahan dengan meletakkan individu yang betul dan arif tentang bola sepak.

“Saya ingin mengembangkan empayar saya, melebarkan sayap saya dan mencari cabaran baru. Saya bukan orang yang akan menukar logo atau tradisi kelab anda. Seperti saya katakan tadi, saya seorang kerabat Raja dan bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk capai kejayaan dan melakar sejarah.

“Apa yang diperlukan Valencia? Mereka perlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, dahagakan kejayaan, ghairah dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab. Langkah pertama, kita memerlukan orang bola sepak di kelab, noktah,” ujar beliau.

Kali terakhir Valencia CF menjulang trofi adalah Copa Del Rey pada tahun 2019 manakala kejuaraan La Liga yang terakhir pula adalah pada 2003/04. Antara nama-nama besar pernah bermain dengan kelab itu adalah David Silva, David Villa, Roberto Soldado, Claudio Lopez, Gaizka Mendieta, Fernando Morientes, Pablo Aimar, Ruben Baraja dan Santiago Canizares.

Sebagai rekod, rakyat Malaysia yang memiliki kelab di luar negara adalah Tan Sri Vincent Tan (Cardiff City dan KV Kortrijk) serta Tan Sri Tony Fernandes (Queens Park Rangers).

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.