Setiawangsa Rangers FC bukan sekadar kelab komuniti biasa

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Setiawangsa Rangers FC tidak mahu sekadar dikenali sebagai kelab bolasepak komuniti biasa.

Penaung kelab, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata kelab itu mempunyai perancangan jangka panjang untuk terus mengorak langkah.

Bukan sahaja untuk mengetengahkan pemain-pemain berbakat, tetapi mengintai peluang beraksi di Liga Amatur Bolasepak Malaysia satu hari nanti.

“Sebab itu penyertaan kita sehingga peringkat bawah 8 tahun, kita ada pasukan bawah 8, untuk bolehkan kita ada peringkat paling asas.

“Kita ada satu haluan yang mana kita tengok pemain-pemain B-16 ada yang diserap ke pasukan senior, maknanya bukan main habis kat situ.

“Jadi kita lihat ia projek jangka panjang, mungkin satu hari budak yang main B-8 sekarang akan main di peringkat Liga KLFA, atau lebih tinggi untuk Setiawangsa Rangers.

“Tapi ia bukan mudah sebab kita tahu ia memerlukan sokongan semua pihak, perbelanjaan kewangan yang besar dan paling penting komitmen,” kata Nik Nazmi selepas Majlis Pengenalan Pasukan dan Pelancaran Jersi Setiawangsa Rangers di Wangsa Walk, pada Sabtu.

Pada majlis itu, turut diperkenalkan adalah sembilan penaja yang tampil bekerjasama dengan Setiawangsa Rangers FC yang baru berusia 2 tahun, iaitu CRSC Group, Amaxmall, AirAsia, Sunway Avilla, Skyworld, Orangkata.my, Sri Ternak Food Mart, Shortea Barbershop dan Voltagehub.

“Bagi saya ini satu pencapaian baik bagi sebuah kelab berusia 2 tahun, kita juga ucapkan penghargaan kepada penaja yang memberi sokongan cukup baik, hampir semua penaja kita adalah local business di Setiawangsa.

“Saya percaya kesediaan mereka menaja kelab ini hasil beberapa siri kejayaan sebelum ini selain misi dan visi yang disusun dalam usaha menyemarakkan program pembangunan bola sepak di akar umbi.

“Jadi kita berharap Setiawangsa Rangers FC akan menjadi satu kelab komuniti yang akan ada hubungn erat dengan masyarakat setempat di Setiawangsa sama ada orang ramai mahupun komuniti perniagaan jadi dengan itu kita harap kita boleh pergi jauh (main di M5, M4) sekiranya ada hubungan rapat dengan komuniti  Setiawangsa, sama ada perniagaan mahupun orang ramai.

Setiawangsa Rangers FC ketika ini mempunyai kira-kira 250 pemain merangkumi kategori B-8, B-10, B-12 (Tunas Mentari), B-14, B-16, pasukan senior lelaki dan perempuan, serta pasukan futsal lelaki dan wanita.

Pasukan junior mereka mengambil bahagian di Liga Air Asia KL Junior manakala pasukan senior di Liga Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Sementara itu, ini pula reaksi Presiden kelab, Khushairi Aizad Jamalludin yang mengharapkan sokongan berterusan daripada komuniti serta badan korporat dan agensi kerajaan untuk memacu pasukan itu lebih maju ke depan.

“Kita nak kekalkan pembangunan bolasepak peringkat akar umbi, kerana kita adalah ahli gabungan KLFA dan kita telah diluluskan ahli gangsa Piagam Suparimau.

“Jadi kita mahukan badan korporat atau kerajaan, serta komuniti Setiawangsa khususnya memberi sokongan kepada kelab yang baru nak naik ini dengan beli jersi. Jadi di kawasan Setiawangsa bila mereka pakai jersi ke mana mereka pergi, branding Setiawangsa Rangers akan lebih dikenali, boleh tarik lagi ramai penaja.”

Foto : Kamarul Akhir/asiana.my

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.