Shafiq Shaharudin senjata terbaru Kuala Kangsar FC, usianya baru 27 tahun!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penjaring tempatan terbanyak Liga Super 2018 Shafiq Shaharudin diumumkan sebagai rekrut terbaru kelab Liga M3, Kuala Kangsar FC.

Agak mengejutkan tiada pasukan Liga Super atau Liga Premier berminat mendapatkan Shafiq yang masih pada usia kemuncak dan baru tiga tahun lepas disebut-sebut sebagai penyerang masa depan pasukan kebangsaan.

Shafiq Shaharudin yang berasal dari Johor merupakan produk Piala Presiden Johor Darul Takzim (JDT) dan karier profesionalnya bermula dengan JDT II dalam saingan Liga Premier.

Selepas tiga musim, dia kemudian menyertai pasukan Liga Super Kelantan FC pada 2018 dengan kontrak selama dua tahun – meskipun gagal untuk menyelamatkan pasukan yang bergelut dengan masalah kewangan itu daripada tersingkir ke Liga Premier, Shafiq Shaharudin mencuri tumpuan ramai apabila muncul penjaring tempatan terbanyak Liga Super dengan enam gol.

Malah dia yang baru berusia 24 tahun ketika itu dia berjaya memenangi perhatian Tan Cheng Hoe dan memenangi kap pertama bersama Harimau Malaya apabila diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Fiji.

Dia disebut-sebut mempunyai masa depan yang cerah jika menyertai pasukan yang lebih bagus dari segi pengurusan, dan menyertai PKNS FC (Selangor II) pada 2019 setelah menamatkan kontrak lebih awal dengan Kelantan FC secara persetujuan bersama.

Namun di situ bermula episod kejatuhan karier pemain ini, tidak mendapat peluang beraksi bersama skuad dibimbing Datuk K.Rajagobal dan dipinjamkan pula ke Kuala Lumpur pada musim sama, yang turut tidak memberikannya minit permainan. 2020 juga menjadi musim suram buatnya di Kuching FC.

Selepas begitu lama tenggelam, kini Shafiq Shaharudin dalam laluan memulihkan karier dengan menyertai Kuala Kangsar FC, pasukan ditaja pelakon terkenal tanah air, Datuk Adi Putra.

Pasukan itu yang baru ditubuhkan tahun ini, turut merekrut seorang lagi bintang bolasepak tanah air, Faiz Subri yang juga pemenang Anugerah Puskas 2016 dan menyasarkan untuk mara ke Liga Premier 2022.

Tenaga kejurulatihan Kuala Kangsar FC terdiri daripada pemain Liga Malaysia yang pernah bermain ketika era 1970 hingga tahun 2000.

Kuala Kangsar FC telah diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Liga M3 musim ini bersama-sama Kinabalu Rangers FC, Langkawi City FC, Jaguar FC, Harini KS FC, Real Chukai FC, KSR Sains FC, Mahsa-Protap FC, Langkawi FC dan Malaysian University Football Team.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.