Shahrul Igwan bantu abang jual ‘Cornflakes Salted Egg’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak bulan Mac lalu memberi peluang kepada tonggak Uitm FC Shahrul Igwan Samsudin untuk membantu abangnya menjual ‘Cornflakes Salted Egg’.

Abangnya Shahrul Erwan mula berniaga produk makanan itu sejak lima bulan lalu dan pemain berusia 26 tahun itu merasakan ini adalah masa yang sesuai untuknya mengembangkan lagi perniagaan tersebut memandangkan mempunyai banyak masa terluang berikutan penangguhan saingan Liga Malaysia.

“Perniagaan abang ini masih baru lagi dan saya juga sebelum ini banyak tolong dia apabila ada masa terluang sebab kena fokus dengan pasukan juga.

“Tetapi sekarang apabila ada kawalan pergerakan, memang banyak masa terluang dan saya memang iklankan di sosial media sahaja memandangkan ramai yang habiskan masa di rumah melayari internet.

“Seperti orang lain, saya juga sedikit sebanyak terkesan kerana saingan ditangguhkan, tetapi saya tidak boleh duduk diam dan tetap melakukan latihan di rumah dan paling penting, kena sentiasa pandai cari peluang untuk mencari wang sampingan.

“Semuanya berjalan lancar dan kehidupan perlu diteruskan untuk kita sentiasa mencari rezeki dan berharap semoga apa yang terjadi ini segera pulih”, katanya.

Shahrul Igwan pada musim lalu telah bersama Kedah namun langsung tidak diturunkan dalam skuad utama dan dia bertekad memulihkan semula kariernya bersama Uitm FC.

UiTM FC ketika ini baru memenangi satu perlawanan untuk menduduki tangga kesembilan liga selepas empat perlawanan.

Foto : MFL

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.