Shahrul Nizam Ros Hasni Ganti Dion Cools

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Harimau Malaya sah tidak dapat menggunakan khidmat pemain berdarah kacukan Dion Cools untuk aksi persahabatan antarabangsa pada 6 dan 9 Oktober depan kerana kecederaan.

Justeru itu, pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe telah memanggil pertahanan Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hasni sebagai pengganti.

Shahrul Nizam tahun ini telah menjadi salah seorang tunjang kekuatan pertahanan Terengganu FC dan membantu pasukan itu untuk menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keempat.

Dia menjadi pemain Terengganu keempat disenaraikan Tan Cheng Hoe selepas Arif Fadzillah, Faisal Halim dan Hakimi Abdullah.

Shahrul Nizam yang berasal dari Kelantan sebelum ini pernah membuat penampilan bersama skuad B-23 kebangsaan di Sukan Sea Filipina 2019 serta Kejohanan AFF B-22.

Turut tersisih kerana kecederaan adalah pemain pertahanan kanan Selangor FC, Syahmi Safari dan tempatnya akan digantikan oleh pemain Kedah, Ariff Farhan Mohd Isa.

Kesemua 24 pemain yang dipanggil ke kem latihan kali ini akan melapor diri pada 1 Oktober.

Dalam senarai dikeluarkan sebelum ini, Tan Cheng Hoe tidak menyenaraikan nama beberapa tonggak utama seperti Farizal Marlias, Corbin Ong, Matthew Davies, Safawi Rasid serta Mohamadou Sumareh sebaliknya memanggil enam pemain lama dan enam pemain baru untuk perkuatkan pasukan.

Khairul Fahmi Che Mat, Akram Mahinan dan Baddrol Bakhtiar adalah antara enam pemain lama yang dipanggil semula manakalanenam pemain baru adalah Quentin Cheng, Kalamullah Al Hafiz, Al Hafiz Harun, Sharul Nazeem Zulpakar, Mukhairi Ajmal dan Hakimi.

Malaysia akan berdepan Jordan pada 6 Oktober sebelum menentang Uzbekistan pada 9 Oktober – kedua-dua perlawanan di Amman, Jordan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.