“Shahrul Nizam Sebenarnya Tahu, Sudah Dimaklum Awal Nama Dalam Senarai Menunggu”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

“Tidak timbul isu Shahrul Nizam lambat dimaklumkan,” demikian tegas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe membuat keputusan memanggil pemain kelahiran Kelantan yang juga bekas anggota skuad Sukan SEA 2019 itu sebagai menggantikan Dion Cools yang cedera bagi kem latihan skuad kebangsaan kali ini.

Namun pemain pertahanan Terengganu itu gagal melapor diri dan dia memberitahu ianya kerana lambat mendapat tahu mengenai namanya disenaraikan Cheng Hoe.

Baca : Benarkah Dion Cools Cedera?

Dia juga gagal dihubungi kerana sudah turun ke laut pada hari yang sama namanya diumumkan untuk melapor diri, membuatkan penyokong juga mempertahankan pemain itu sebagai tidak boleh dipersalahkan apatah lagi FAM juga tidak menyediakan senarai menunggu.

Baca : Niat Turun Ke Laut Untuk Tolong Keluarga, Shahrul Nizam Kecewa Jadi Sasaran Kecaman

Namun Cheng Hoe memberitahu Stadium Astro, dia sebenarnya sudah dimaklumkan awal agar bersiap sedia dipanggil bila-bila masa.

“Kami sudah menghubunginya sebelum senarai pemain dikeluarkan dan dia juga tahu bahawa dia dalam senarai menunggu.

“Ini peluang terbaik buatnya tetapi walaupun dia tidak bersama kami (pada kali ini), kami perlu lihat pada masa depan sama ada perlu memanggilnya semula atau sebaliknya,” kata Cheng Hoe.

Ketiadaan pemain itu menyebabkan Harimau Malaya terbang ke Jordan dengan hanya 20 pemain, manakala dua lagi pemain iaitu Dominic Tan dan Luqman Hakim terus menyertai pasukan di sana sekaligus melengkapkan senarai 22 pemain.

“Semua pemain sudah bersama kami termasuk Luqman Hakim dan Dominic Tan.

“Mereka sedang dalam tempoh pemulihan. Semalam saya nampak pemain keletihan tetapi mereka menunjukkan tanda positif menerusi semangat ketika berlatih,” katanya lagi.

Malaysia akan berdepan Jordan pada 6 Oktober disusuli Uzbekistan pada 9 Oktober dan Cheng Hoe dijangka memberi peluang kepada barisan pemain-pemain baru untuk cuba memikat perhatiannya kali ini.

Antara pemain baru disenaraikan adalah Hakimi Abdullah, Mukhairi Ajmal, Quentin Chen dan Kalamullah Al Hafiz.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.