Shukor Adan sudah ada padang sendiri, rancang buka akademi sebagai pelan persaraan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain veteran Liga Malaysia, Shukor Adan nampaknya sudah mula merancang karier selepas bersara apabila bekerjasama dengan jurulatih berpengalaman luas Irfan Bakti Abu Salim membuka padang sintetik milik sendiri di Bandar Baru Bangi.

“Mungkin boleh membuka akademi di padang milik sendiri. Ini adalah satu permulaan saya yang mula memikirkan persaraan.

“Saya harap peminat mendoakan kejayaan saya dan saya berharap akan pemain-pemain yang lain lagi boleh menonjolkan dalam perniagaan,” ujar Shukor Adan selepas Majlis Perasmian padang tersebut pada Khamis lalu.

Padang dinamakan Arena Jubli Perak itu mula dibuka untuk sewaan awam bermula 14 Ogos dengan harga Rm650 untuk dua jam.

Baca : Antara nak dengan tidak jer, bergantung pada sikap, disiplin dan kerja keras

Baca : Tiada pemain sebagus Rosdi Talib di bek kiri

Langkah diambil Shukor Adan itu memperlihatkan betapa dia serius menyediakan diri untuk mengharungi kehidupan selepas bersara sebagai pemain memandangkan dia juga sudah berada di penghujung karier.

Adalah diketahui kerjaya sebagai pemain bolasepak tidak selalunya bertahan lama dan Shukor Adan bolehlah dikatakan antara ‘baka’ bertuah untuk dapat beraksi pada tahap tertinggi sehingga usia 41 tahun.

Kegagalan untuk merancang perjalanan selepas bersara menyebabkan ramai bekas pemain bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup, sepertimana sebelum ini viral kisah Khalid Jamlus dan Jamsari Sabian yang terpaksa menjual koleksi barangan peribadi.

Baca :  Tanyalah mereka, kenapa bekas pemain negara ada lesen nak jadi assistant coach pun tak dapat

Baca : Saya ada pengalaman, i’m somebody, takkan nak latih tukang kebun kan?

Sebagai rekod, Shukor Adan yang dijadikan idola dan role model oleh ramai pemain muda Liga Malaysia mula mewarnai kancah bolasepak tempatan bermula hujung 90-an dengan mewakili Negeri Sembilan.

Sepanjang lebih dua dekad, dia telah beraksi dengan beberapa pasukan lain termasuklah Selangor, ATM, Felda United dan ketika ini bersama Kuala Lumpur.

Lebih menarik, Shukor Adan pernah memakai lilitan di lengan sebagai kapten pasukan dengan semua pasukan yang pernah diwakilinya itu termasuklah pasukan kebangsaan. Kali terakhir dia menyarung jersi pasukan Harimau Malaya adalah di Piala AFF Suzuki 2016.

 

 

 

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.