Siapa di balik MFL yang selalu buat keputusan tentang perjalanan Liga-M?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Perkongsian oleh saudara Alfadli Awaluddin @ Rambo (penyokong tegar bolasepak tanah air)


Pernahkah anda semua terfikir siapakah yang ada di sebalik setiap keputusan yang dibuat oleh Malaysian Football League (MFL) untuk Liga Malaysia?

Tahu atau tidak bahawa MFL ini terdiri daripada 24 pemegang taruh yang merupakan 24 pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super dan Liga Premier?

Jadi siapa 24 orang tu? Apa namanya? Mana wajahnya? Anda kenal atau tidak siapa wakil pasukan anda yang dihantar sebagai pemegang taruh di MFL?

Pernah tak anda semua bising dan pelik bila ada keputusan-keputusan pelik atau yang membuatkan anda tak puas hati yang dibuat oleh MFL? Ada tak? Tahukah anda siapa yang buat keputusan tersebut?

Seringkali kita dengar mesyuarat Kongres MFL, siapakah yang duduk di dalam mesyuarat tersebut? Pernah anda terfikir untuk tahu? Siapakah namanya? Mana wajahnya?

Di dalam kongres terdiri dari wakil Pemegang Taruh MFL(bermakna tiga wakil dilantik dari kalangan 24 pemegang taruh yang ada); tiga wakil dari Persatuan Bolasepak Malaysia; Presiden MFL dan wakil bebas.

Jadi siapa mereka ni? Apa nama mereka? Mana wajah mereka yang sering membuat keputusan untuk Liga Malaysia ni? Anda tahu?

BERBULAN LAMANYA WEBSITE DALAM PENYELENGGARAAN

Sejak dari Mac 2020 malah sebelum itu pun (sejak CEO MFL yang lama) telah diusulkan agar dipaparkan wajah-wajah kesemua 24 pemegang taruh MFL & dari mana mereka datang untuk tatapan masyarakat bolasepak di Malaysia, supaya kita semua kenal siapakah mereka yang bertanggungjawab terhadap perjalanan liga kita.

Telah diusulkan juga agar dipaparkan kesemua 10 wajah dan dari mana mereka untuk masyarakat bolasepak tahu bahawa segala keputusan yang dibuat adalah dari mereka ini di dalam kongres.

Tapi sampai ke hari ni, tiada dipaparkan atau dimuatnaik dengan alasan LAMAN WEB dalam penyelengaraan.

Ya tuan-tuan & puan-puan, laman web tuan-tuan puan-puan, berbulan-bulan ambil masa untuk selenggara laman web ya tuan-tuan puan-puan, jika laman web pun mengambil masa yang lama untuk diuruskan, apa lagi yang kita boleh harapkan kepada mereka semua ini untuk menguruskan liga kita tuan-tuan puan-puan.

Nota : Artikel ini adalah pandangan peribadi saudara Alfadli Awaludin

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.