Siapa yang masuk campur? TMJ ‘tembak’ balik Asmirul ..

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menempelak Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Asmirul Anuar Aris yang mana menurutnya tidak bersikap terbuka di dalam menerima teguran.

Asmirul dalam satu kenyataan telah memberi penjelasan mengenai isu tunggakan gaji pasukan Kedah sepertimana didedahkan Tunku Mahkota Johor itu beberapa hari lalu.  Malah TMJ juga mengingatkan mereka tidak sewenang-wenang mengambil tindakan potong gaji sebaliknya menyelesaikan dulu tunggakan gaji kepada pemain.

Meskipun telah menyatakan punca terjadinya tunggakan gaji, Asmirul bagaimanapun membidas TMJ dengan mempersoalkan kewajaran pihak JDT untuk campur tangan dalam urusan pasukan lain.

Ini jawapan balas padu daripada TMJ di instagram baginda :

  1. Bila salah sendiri tak bayar gaji, mula menunjuk jari kepada orang lain. Typical small time politicians SOP. Lepas tangan dan salahkan orang lain, cukup-cukuplah tipu penyokong.
  2. Bila masa JDT masuk campur? Saya bersuara sebagai Raja yang mementingkan rakyat, yang tidak perlu bermuka-muka kerana perlukan undi.
  3. Apabila orang tegur demi kebaikan, awak seharusnya terima. Bersikap tanggungjawab menjaga kebajikan orang-orang yang bekerja untuk kita. Bukan mengular atau berbelit salahkan orang lain. 

Tambah baginda lagi, pemain-pemain Kedah sendiri yang mengadu mengenai tunggakan gaji ini, lantas membuatkannya terpanggil untuk bersuara mewakili semua pemain di dalam negara yang sudah lama menjadi mangsa janji kosong politik orang yang mengurus bolasepak demi kepentingan peribadi.

Kenyataan TMJ 1 Siapa yang masuk campur? TMJ 'tembak' balik Asmirul ..

“Gaji lambat bukan sebelum Covid-19, duit bonus Piala FA lambat. Gaji dua bulan lambat hanya dibayar sebelum perlawanan Piala Sumbangsih. Pemain-pemain Kedah sendiri yang bercerita, penyerang import Kedah pun komplen kepada pemain saya.

“Saya tiada niat nak masuk campur, sebelum ini saya diam, tetapi awak kaitkan JDT dalam kenyataan tadi. Jadi saya terpaksa pertahan kelab saya yang langsung tiada masuk campur dalam hal ini. Saya bersuara sebagai Penaung Diraja PFAM, saya bersuara demi pemain yang berhempas pulas setiap tahun untuk bolasepak negara dan penyokong bolasepak tempatan.”

Foto : Ig Story hrhcrownprinceofjohor

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.