Skuad Eksperimen Harimau Malaya Kecundang 1-5 Kepada Uzbekistan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Skuad kebangsaan Harimau Malaya melengkapkan aksi di kalendar antarabangsa bulan Oktober dengan kekalahan 1-5 kepada Uzbekistan di Stadium Raja Abdullah pada Sabtu.

Tan Cheng Hoe membuat lima pertukaran pada skuad yang tewas 0-4 kepada Jordan Rabu lalu dengan menurunkan Khairul Fahmi Che Mat, Arif Fadzillah, Kenny Palraj, Hakimi Abdullah dan Luqman Hakim di kesebelasan utama.

Uzbekistan, pasukan di ranking ke-84 dunia mendahului 3-0 selepas 33 minit menerusi dua jaringan Dostonbek Khamdamov pada minit ke-17 dan 29 serta Husain Norchaev pada minit ke-33.

Harimau Malaya merapatkan defisit jaringan pada minit akhir separuh masa pertama menerusi pemain tengah Baddrol Bakhtiar selepas percubaan Faisal Halim sebelum itu terkena tiang.

Di babak kedua Uzbekistan menambah dua lagi jaringan menerusi Ibrakhimkhalil Yuldashev (m-68) dan Azizbek Omanov (m-88) untuk keputusan akhir 5-1.

Khairul Fahmi juga menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya untuk memastikan skuad negara tidak tewas dengan jaringan lebih besar.

Secara keseluruhan meskipun tewas besar, kesungguhan ditunjukkan barisan pemain malam ini wajar dipuji dan mereka juga tampil sedikit lebih baik berbanding ketika tewas kepada Jordan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.