Solskjaer : Manchester United Susah Dapat Penalti Sebab Jurgen Klopp

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendakwa pasukannya susah untuk mendapat sepakan penalti disebabkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Jurgen Klopp pada Januari lalu menganggap pengadil terlalu ‘baik hati’ terhadap United apabila memberikan terlalu banyak penalti sambil menyatakan bahawa jumlah penalti yang diperoleh Red Devils dalam tempoh dua tahun lalu adalah lebih banyak berbanding jumlah penalti dimenangi Liverpool sepanjang lima tahun dia menjadi pengurus kelab itu.

United memenangi enam penalti dalam 16 perlawanan musim 2020/2021 ketika Klopp membuat komen berkenaan, dan kemudiannya memenangi tambahan lima penalti dalam baki 22 perlawanan.

Sumber : Solskjaer appears to blame Klopp for Manchester United’s lack of penalties

Justeru Solskjaer berpendapat komen Klopp itu mempengaruhi keputusan pengadil tatkala dia berang Cristiano Ronaldo dinafikan dua penalti ketika kemenangan 2-1 di West Ham dalam saingan Liga Perdana, minggu lalu.

The Hammers berjaya membalas dendam dengan menyingkirkan United dalam saingan Piala Carabao pada Rabu apabila mencatat kemenangan 1-0, tetapi anak buah Solskjaer sekali lagi dinafikan penalti.

“Kami cuma berharap kami memperoleh apa yang sepatutnya kami dapat. Kami sepatutnya memperoleh tiga penalti dalam dua perlawanan lalu,” kata Solskjaer.

“Ada laa pengurus seorang itu terlalu bimbang dengan penalti yang kami dapat dan sejak itu saya lihat semuanya menjadi sukar. Saya boleh nampak satu perubahan, perubahan yang sangat besar dan keputusan sentiasa tidak menyebelahi kami.

“Tetapi kami terpaksa serahkan sahaja kepada pengadil untuk buat keputusan dengan harapan selepas ini mereka akan membuat keputusan yang tepat,” tambahnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.