Sri Pahang Hantar Surat Kepada FAM Pertikai Pengadilan ‘Abang Botak’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pihaknya akan menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung kualiti pengadilan ketika aksi menentang Terengganu pada Ahad lalu.

Menerusi laporan Arena Metro, Suffian berkata tindakan itu diambil kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil Zulkarnain Zakaria atau popular dengan panggilan abang botak yang mempengaruhi keputusan perlawanan.

Sri Pahang tewas 1-2 kepada Terengganu dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, dengan salah satu gol tuan rumah dijaringkan menerusi sepakan penalti oleh Faisal Halim.

“Walaupun keputusan perlawanan tidak boleh diubah, ia bertujuan untuk memastikan FAM mengambil perhatian serius berhubung mutu pengadilan dalam saingan Liga Super.

“Sebelum ini pun kami menghantar surat membabitkan perlawanan Sri Pahang berdepan PJ City untuk memastikan mutu pengadilan diberikan tumpuan.

“Tetapi perkara sama masih lagi berlaku terutama membabitkan Sri Pahang hingga menjejaskan keputusan perlawanan,” kata Suffian kepada Arena Metro.

Berita Berkaitan : FAM Akui Pengadil Buat Silap, Tindakan Akan Diambil

Ini bukan kali pertama Sri Pahang mempertikaikan kualiti pengadilan, di mana sebelum ini mereka pernah menghantar surat kepada FAM berhubung pengadilan buruk ketika aksi menentang Kedah dan juga PJ City.

FAM kemudiannya membuat kenyataan mengakui kesilapan pengadil pada perlawanan itu.

Foto kredit : Arena Metro

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.