Sri Pahang Singkir Semua Import Termasuk Hidalgo, Manakala Muslim & Helmi Turut Digugur

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sri Pahang FC nampaknya bakal tampil berwajah baru dalam saingan musim baru Liga Malaysia apabila menggugurkan hampir separuh pemain mereka musim ini.

14 pemain iaitu sembilan pemain tempatan dan kesemua lima pemain import digugurkan, termasuklah kapten pasukan Muslim Ahmad dan penjaga gol veteran Helmi Eliza.

Muslim telah bersama pasukan bermula 2017 dan menjadi antara watak penting di pertahanan Sri Pahang, manakala Helmi Eliza pula menyertai pasukan setahun sebelum itu – kedua-dua mereka adalah anggota skuad juara Piala FA 2018.

Turut digugurkan adalah Faisal Rosli, pemain paling lama di dalam skuad yang juga satu-satunya anggota skuad juara Piala Malaysia 2014 yang kekal setia dengan pasukan itu sejak sembilan tahun lalu.

Manakala Fazly Mazlan kembali ke pangkuan Johor Darul Takzim setelah kontrak pinjamannya tamat sementara pemain muda Zazrir Naim pula telah menerima tawaran menyertai Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Empat lagi pemain tempatan yang tudak disambung kontrak adalah Ezanie Salleh, Arisazri Juhari, Hazri Rozali dan Faizal Rani yang lebih banyak bertindak sebagai pemain simpanan.

Keputusan pihak pengurusan tidak menyambung khidmat import sememangnya sudah dijangka setelah prestasi mengecewakan Kenny Athiu, Aung Kaung Mann dan Yakubu Abubakar dalam saingan liga mahupun Piala Malaysia.

Namun keputusan tidak mengekalkan khidmat Manuel Hidalgo pastinya sedikit mengejutkan penyokong tok gajah, kerana dia telah menunjukkan permainan yang impressif.

“Tiga tahun bersama pasukan, Herold Goulon telah memenangi hati penyokong dengan menjadi jantung di pertahanan pasukan malah turut menjaringkan gol-gol penting.

“Manakala Hidalgo, Kaung Mann, Abubakar dan Kenny meskipun dibawa masuk pada pertengahan musim dan sempat bersama hanya untuk beberapa bulan, impak yang anda bawa untuk membantu pasukan keluar dari zon penyingkiran tetap kami hargai.

“Kepada semua 14 pemain ini, terima kasih diucapkan kerana telah memberi komitmen dan berjuang sepenuh hati sepanjang menyarung jersi Sri Pahang, kami ucapkan semoga terus berjaya bersama pasukan baru.

Segala keringat yang dicurahkan untuk skuad tok gajah, akan tetap terpahat selamanya dalam kenangan!”, menurut kenyataan Sri Pahang.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.