Stechmad penaja baru jersi Kelantan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sebuah syarikat penajaan dan pemasaran tempatan, Stechmad Sdn Bhd memeterai perjanjian sebagai penaja baru jersi pasukan Liga Premier Kelantan bagi baki saingan musim ini.

Majlis Penyerahan Jersi kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah berlangsung pada Jumaat di Pearl Palace, Crown Garden Hotel.

“Selepas pembekal tajaan jersi terdahulu menarik diri, kita terus berusaha untuk mencari penajaan baharu. Kita memperoleh tajaan daripada Stechmad dalam tempoh yang singkat.

“Penajaan jersi ini mampu meningkatkan moral pemain skuad TRW untuk mengharungi baki saingan Liga Premier musim ini bermula dengan aksi menentang UKM FC pada 22 Ogos depan,” kata Naib Presiden KAFA yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penajaan Ahmad Muzakkir Hamid.

Ahmad Muzakkir bagaimanapun memaklumkan jumlah tajaan daripada syarikat itu masih dalam peringkat rundingan.

“Ini merupakan satu gambaran positif kepada KAFA dan pasukan Kelantan khususnya. Kita bekerja keras untuk mencari penaja untuk pasukan Kelantan.

“Setakat ini, harga untuk jualan jersi kepada peminat masih belum ditetapkan. Kita akan mengadakan perbincangan dengan pihak Stechmad berhubung perkara itu dan ia akan diumumkan kelak,” tambah Ahmad Muzakkir.

Sebagai rekod, pada 5 Ogos lalu pembekal pakaian rasmi skuad Kelantan, PUC Sport menarik diri daripada menaja jersi pasukan itu berikutan kekangan kewangan selain memaklumkan bahawa penjualan jersi tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Baca : Jualan jersi tak capai Kpi, PUC Sports tarik diri

PUC Sport juga terpaksa berundur susulan perniagaan syarikat mengalami kerugian disebabkan pandemik Covid-19 dan tiada bantuan dari pihak KAFA untuk bersama-sama melariskan penjualan jersi.

Foto : Sukan Kosmo

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.