Steffi Kaur Terima Panggilan Perkuat Skuad Piala Asia

Steffi Kaur
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua jurulatih skuad bolasepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph membuat keputusan menyenaraikan Steffi Sarge Kaur dalam skuad yang akan membawa cabaran di Piala Asia Wanita, bulan depan.

Steffi Kaur merupakan pemain futsal kebangsaan namun dia juga boleh bermain bolasepak malah pernah mewakili pasukan Felda United serta beberapa pasukan lain dalam saingan Piala Tun Sharifah Rodziah.

Menurut Jacob, dia terpaksa memanggil Steffi Kaur untuk memperkuatkan pasukan berikutan pilihan yang terhad selepas salah seorang pemain yang disenaraikan tidak dapat menyertai pasukan.

“Saya memanggil 28 pemain dengan 17 daripadanya adalah pemain muda. Begitupun seorang pemain dari Sabah berdepan masalah passport menyebabkan saya memanggil Steffi Kaur daripada skuad futsal sebelum tarikh tutup penamaan pemain

‘”Ia bukanlah pilihan tangkap muat, kerana mereka yang mengikuti perkembangan skuad wanita pastinya tahu Steffi Kaur hebat dalam kedua-dua futsal dan bolasepak, malah dia pernah bermain di bawah saya pada tahun 2011.”

Jacob bagaimanapun memberitahu status Steffi Kaur bersama pasukan hanya akan diketahui dalam masa beberapa hari lagi memandangkan dia perlu terlebih dahulu mendapat pelepasan majikannya, Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Sebagai rekod, skuad negara akan mula menjalani latihan pusat pada 21 Ogos ini selama 25 hari. Mereka telahpun berlatih secara online sejak 12 Julai lalu untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Kelayakan Piala Asia Wanita akan berlangsung di India dari 13 hingga 25 September dengan Malaysia telah diundi dalam satu kumpulan bersama Thailand dan Palestin.

Hanya juara kumpulan akan layak ke Piala Asia Wanita yang akan berlangsung dari 20 Jan hingga 6 Feb 2022.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.