“Struktur Baru Liga Malaysia Akan Menyaksikan Berlaku Situasi Berat Sebelah”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Malaysia Football League (MFL) pada Rabu memperkenalkan struktur baru Liga Malaysia musim depan, apabila mengumumkan 18 pasukan akan beraksi dalam saingan Liga Super manakala saingan Liga Premier pula digantikan dengan Liga Simpanan.

Ini bermakna kesemua 12 pasukan Liga Super musim ini boleh menarik nafas lega kerana tidak akan tersingkir, manakala empat pasukan datangnya dari Liga Premier, dan baki dua slot adalah play-off di antara dua pasukan terbawah Liga Premier dan Liga M3.

Bagi jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah, beliau bukan tidak menyokong perubahan, tetapi menurutnya standard pasukan Liga Premier atau M3 ketika ini dilihat agak jauh berbeza berbanding kelab di Liga Super, sekali gus bakal menyaksikan terdapat situasi berat sebelah berlaku terutama dari segi persaingan serta keupayaan merekrut pemain berkualiti.

“Jika lihat latar belakang pasukan Liga Premier ketika ini pun menyaksikan taraf mereka masih jauh lagi, sekali gus mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengelak menjadi mangsa belasahan kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Azraai berpendapat peningkatan jumlah perlawanan sangat bagus kerana memberi lebih minit permainan kepada pemain tempatan, dalam masa sama ia juga berpotensi menjadi ‘beban’ tambahan kepada pasukan bertanding.

“Perubahan struktur liga yang diperkenalkan MFL cukup bagus kerana penyokong bola sepak tanah air bakal melihat lebih banyak perlawanan dan kompetitif selain turut memberi ruang serta peluang kepada pemain muda menyinar di saingan liga simpanan.

“Namun, sejauh mana pasukan bersedia mengharungi cabaran ini? Ini kerana kita lihatlah sekarang ada pasukan bertaraf gergasi pun bergelut untuk membayar gaji pemain dan menampung perbelanjaan lain.

“Jika saingan liga bertambah sudah tentu kos pun meningkat, sekali gus pasukan Liga Premier yang dinaik taraf itu akan berada dalam situasi tenat,” ujarnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.