Stuart : “FAM buat keputusan adil, bukan ikut kehendak penyokong atau pihak tertentu”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Setiap keputusan yang dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah telus dan adil berdasarkan berdasarkan undang-undang dan peraturan perlawanan, bukannya mengikut kehendak atau tekanan yang diberikan penyokong mahupun pihak tertentu.

Demikian tegas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, sebagai reaksi kepada tanggapan ramai bahawa badan induk itu mengamalkan double standard di dalam menjatuhkan hukuman ke atas pemain.  

Khamis lalu, Stuart memaklumkan insiden membabitkan penyerang Johor Darul Takzim (JDT) Gonzalo Cabrera yang menolak pengadil ketika menentang Sri Pahang ditutup dan tidak akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib kerana dia telahpun dilayangkan kad kuning ketika perlawanan.

Tetapi nasib berbeza buat pemain Kedah Darul Aman, Fadzrul Danel Mohd Nizam yang dilayangkan kad merah kerana menolak pengadil ketika menentang Terengganu, apabila dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib dan perlu membela diri.

Keputusan yang tidak konsisten ini lantas menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong, tetapi Stuart mempunyai hujahnya.

“Kami tak boleh nak layan setiap komen netizen ini. FAM tidak berat sebelah dan dalam situasi ini FAM tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Kami buat keputusan berdasarkan undang-undang permainan dan perlawanan selain kami ikut setiap prosedur tatatertib dan mengambil kira pandangan daripada jawatankuasa yang terlibat.

“Kalau kami ikut tekanan daripada netizen dan penyokong, setiap perlawanan kita kena ambil tindakan. Di FAM ia tidak berlaku. FAM dengan jelas melaporkan setiap tindakan yang diambil ke atas pengadil atau pemain melalui hebahan di media sosial.

“Setiap kes yang akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib juga tiada yang terselindung dan dengan jelas menunjukkan apa yang berlaku ketika perlawanan. Jadi, kita tidak melihat tekanan daripada luar itu sebelum membuat keputusan,” kata Stuart Ramalingam dilaporkan Sinar Harian.

Ini bukan kali pertama keputusan tidak konsisten dibuat, sebelum ini penyerang Kelantan Jack Hindle terlepas daripada hukuman berat kerana menolak pengadil, tetapi Natxo Insa pula bukan sahaja digantung perlawanan malah didenda RM10,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib atas kesalahan sama.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.