Stuart Ramalingam Berterima Kasih Kepada Khalid Ali Kerana Tampil Dengan Cadangan Bernas

Khalid Ali
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Cadangan bernas dan boleh dipertimbangkan lebih mendalam.

Demikian reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League terhadap cadangan diutarakan bekas pemain kebangsaan Khalid Ali supaya saingan Liga Premier dikhususkan kepada hanya pemain tempatan.

“Cadangan Khalid Ali ialah cadangan yang perlu dipertimbangkan secara mendalam. Kena ada kaji selidik dan perbincangan membabitkan semua pihak secara keseluruhan.

“Satu cadangan yang baik dan bagus tapi proses itu perlu dapatkan pandangan semua dari pihak FAM, pasukan dan juga melihat struktur liga kita, di mana ia juga babitkan kontrak pemain, pertandingan Piala Malaysia, Liga Belia dan lain-lain.

“Apapun saya ucapkan terima kasih kerana itu cadangan yang konstruktif untuk kebaikan bola sepak kita,” katanya kepada Arena Metro.

Khalid Ali sebelum ini mencadangkan supaya FAM dan MFL memberi sepenuh tumpuan dalam membantu membangunkan potensi pemain tempatan.

Menurut ‘legenda hidup’ itu, keghairahan 11 pasukan di Liga Super yang terlalu bergantung kepada tonggak import terutama di posisi serangan menyebabkan pasukan kebangsaan ketandusan penyerang berkualiti.

Baca : Import Lembap, Main Buruk Pun Tetap Diberi Peluang, Tapi Tidak Pemain Tempatan

Dan pandangan itu ada benarnya kerana baru-baru ini kita telah melihat ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe terpaksa menyenaraikan beberapa pemain yang kurang minit permainan seperti Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid untuk membawa cabaran di pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia sebanyak dua kali, Safawi Rasid sendiri menjaringkan tidak sampai lima gol musim ini tatkala carta penjaring didominasi pemain-pemain import.

Hanya dua pemain tempatan berada dalam kedudukan 10 teratas penjaring terbanyak Liga Super iaitu Baddrol Bakhtiar dan Hakimi Abdullah.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.