Stuart Ramalingam kini CEO MFL

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Teka-teki mengenai siapa yang akan mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) terjawab apabila badan pengelola Liga Malaysia itu mengumumkan pelantikan Stuart Ramalingam untuk mengisi jawatan tersebut.

Pelantikan Stuart Ramalingam yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selama empat tahun akan berkuatkuasa 1 September ini.

Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan menyatakan pemilihan Stuart Ramalingam adalah berdasarkan pengalaman lebih 15 tahun beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bersama organisasi tempatan dan antarabangsa termasuk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Seperti saya katakan pada sesi sidang media pada minggu lalu, pengalaman antara kriteria penting buat CEO MFL di mana saya yakin bahawa kehadiran Stuart sudah pasti bakal memberikan anjakan paradigma kepada senario bola sepak tempatan.

“Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Stuart dan saya percaya beliau mampu membawa budaya korporat yang akan menjadi perubahan positif kepada MFL,” katanya.

Karier pengurusan Stuart Ramalingam dalam bolasepak bermula pada 2008 selepas dilantik oleh FIFA sebagai ‘Professionalisation Consultant’ yang bertanggungjawab memberikan sokongan berterusan dan konsultansi kepada ahli-ahli gabungan FIFA dalam mewujudkan liga-liga baharu, mengemaskini pentadbiran persatuan negara serta menjadi perancang bagi program pendidikan pentadbiran FIFA (Futuro III).

Empat tahun kemudian, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Super League (MSL) pada 2010 and diberikan kepercayaan untuk merencanakan struktur FAM and juga aspek-aspek komersial badan induk persatuan ini.

Pada 2012, Stuart menyertai pula AFC dengan memegang pelbagai jawatan pengarah di sana termasuk Pengarah Kejohanan Kelab-Kelab AFC (termasuk AFC Champions League, AFC Cup dan kejohanan-kejohanan Futsal AFC), Pengarah Pemasaran dan juga Pengarah Social Responsibility.

Selepas berkhidmat di pelbagai tahap organisasi bola sepak, Stuart kemudiannya menjadi konsultan kepada Dentsu Sports dan IMG, dua agensi sukan terbesar di dunia pada 2014.

Di Dentsu Sports, Stuart Ramalingam kemudian mengambil alih jawatan Naib Presiden selama empat tahun sehingga tahun 2018 ini dan mengetuai operasi agensi tersebut di Asia termasuk penajaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pengurusan Sukan Asia 2018 Indonesia dan perencanaan strategi Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada 16 Julai 2018.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.