Sultan Johor Bagi Lampu Hijau Kepada TMJ Terus Terajui JDT

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Perkhabaran gembira buat penyokong bolasepak tanah air terutamanya penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT), apabila Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan supaya anakanda baginda, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk terus menerajui pasukan JDT.

Minggu lalu, Tunku Ismail mengumumkan telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian kelab selatan tanah air itu kepada pengurusan tertinggi kelab disebabkan komitmen dan tanggungjawab yang lain.

Pada 16 Jun iaitu Khamis, Tunku Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja Johor memandangkan Sultan Ibrahim mahu berehat seketika daripada urusan pentadbiran negeri.

Dalam satu pengumuman dibuat Jumaah Majlis DiRaja Johor oleh Yang DiPertuanya, Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Tunku Ismail yang juga pemilik JDT diberi ‘lampu hijau’ untuk terus berbakti kepada bolasepak tanah air.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Seluruh Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim telah bertitah pada hari ini, 16 Jun 2022 berkenan supaya Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja, terus menerajui dan mengendalikan pasukan bolasepak JDT bagi memartabatkan sukan bolasepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.”

TMJ pemangku raja Sultan Johor Bagi Lampu Hijau Kepada TMJ Terus Terajui JDT

Ia sudah tentunya kegembiraan berganda buat warga bolasepak memandangkan baru dua hari lepas, mereka baru sahaja ‘berpesta’ melihat skuad bolasepak kebangsaan mencipta sejarah layak beraksi di Piala Asia 2023 setelah berjaya berada dalam kelompok 11 pasukan terbaik pusingan kelayakan ketiga.

Malah, kejayaan itu turut dikaitkan dengan kejayaan TMJ menjadikan JDT sebagai gergasi bolasepak yang semakin menonjol di rantau Asia dan ramai bersetuju mengatakan Malaysia tidak akan layak ke Piala Asia 2023 jika bukan kerana transformasi yang dibawa olehnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.