Sumareh tuntut lebih RM1 juta dari Pahang

Foto: JST
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tatkala Persatuan Bolasepak Pahang masih belum memutuskan hukuman yang akan dikenakan ke atas Mohamadou Sumareh kerana menghilangkan diri dari kem latihan, nampaknya pemain itu yang terlebih dahulu mengambil tindakan.

Menurut laporan Harian Metro, Sumareh telah menghantar tuntutan lebih RM1 juta serta tuntutan-tuntutan lain kepada PBNP menerusi peguamnya yang berpangkalan di Switzerland, berikutan kegagalan PBNP mematuhi syarat di dalam kontrak termasuklah berhubung pembayaran gaji.

PBNP bagaimanapun difahamkan tidak mahu cepat melatah sebaliknya telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemain naturalisasi itu.

Laporan Stadium Astro baru-baru ini menyatakan Sumareh membuat keputusan meninggalkan pasukan dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya iaitu kontrak terbatal apabila tidak menerima gaji lebih dari sekali.

Pemain sayap dari Gambia itu ketika ini sedang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Thailand, Police Tero FC selain Johor Darul Takzim (JDT) sebagai pengganti kepada Safawi Rasid.

Pada minggu lalu, pengurus pasukan Pahang, Datuk Suffian Awang melabel tindakan Sumareh menghilangkan diri sebagai tidak professional dan menganggap pemain itu sebagai tidak mengenang budi. Baca : Kalau nak keluar jangan tiru cara Sumareh, jadilah gentleman

Sementara itu, Syed Qamarul Firdaus (ejen pemain) berkata adalah penting untuk Sumareh segera mendapat pasukan baru agar dia boleh memastikan kecergasannya terjaga.

“Pilihan ke Liga Thailand adalah tepat. Sebab dia sekarang dah tak ada pasukan, jadi dia mesti nak bermain untuk dapatkan minit permainan.

“Kalau nak main Liga-M sudah tak boleh . Takkan dia nak tunggu goyang kaki sampai musim depan. Selaku pemain profesional, Sumareh kena kekal konsisten dan bermain banyak perlawanan.

“Jadi Liga Thailand saya anggap pilihan tepat dan bagus untuk dia kembangkan kariernya. Soal berapa lama dia bermain di sana, enam bulan atau setahun, itu tak penting. Paling mustahak adalah minit permainan,” kata pemilik syarikat I One Sports Agency Sdn Bhd itu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.