Susah, macam mana mahu lawan kawan?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik kelab Liga Belgium KV Kortrijk yang juga usahawan terkemuka tanah air, Tan Sri Vincent Tan tidak bercadang untuk membeli mana-mana kelab Liga Malaysia, setidak-tidaknya buat masa ini.

Menurut Vincent Tan yang juga pemilik dua lagi kelab Eropah iaitu Cardiff City (Wales) dan FK Sarajevo (Bosnia), pelaburan dalam bolasepak bukan sesuatu yang menguntungkan justeru mahu ‘berehat’ seketika dari memiliki mana-mana pasukan baru.

“Bola sepak ini susah mahu berniaga dan bukan senang, semua rugi sahaja. Jadi, saya perlu fikir baik-baik dan tengoklah macam mana.

Mana tahu saya bertukar fikiran tetapi buat masa ini, tak masuklah (melabur). Mana tahu lain kali. Kemungkinan selalu ada tetapi kemungkinan sahaja dan belum tentu lagi.

“Lagipun di Liga Malaysia, semua pasukan adalah ‘favourite’ saya sebab saya kawan dengan semua pasukan. Tetapi juara adalah Johor (JDT) jadi Johorlah yang terbaik.

“Susah mahu beli di sini sebab semua pun kawan-kawan. Macam mana mahu lawan dengan kawan. Kelab di luar negara tidak sama kerana tiada kawan, semua lawan,” ujar Vincent Tan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak antara Luqman Hakim Shamsudin dengan KV Kortrijk di ibu negara, pada Khamis.

Baca : Vincent Tan akui guna kuasa sebagai pemilik untuk bawa masuk Luqman Hakim

Sementara itu, Vincent Tan mendedahkan bahawa RM20 juta dimasukkan sebagai nilai klausa perpindahan dalam kontrak lima tahun ditandatangani Luqman Hakim.

“Sudah tentu jika Luqman beraksi dengan baik, bakatnya akan dirisik oleh kelab-kelab lain dirantau Eropah. Cuma, klausa itu tidak boleh didedahkan de­ngan rasmi tetapi nilainya kemungkinan RM20 juta.

“Namun, pihak yang bakal untung nanti adalah bekas pasukan Luqman, Selangor kerana mereka boleh mendapat sedikit sebanyak nilai perpindahan pemain itu jika berhijrah daripada K.V Kortrijk kelak,” katanya.

Tanda harga yang diletakkan ke atas Luqman itu sekaligus menjadikan pemain kelahiran Kelantan itu pemain termahal negara me­ngatasi klausa perpindahan yang ditetapkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas pemain sayap, Akhyar Rashid sebanyak RM12 juta tahun lalu.

Foto ehsan : NSTP

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.