Syahmi Safari nafi kenyataan disiarkan akhbar tempatan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pertahanan Selangor, Syahmi Safari menafikan kenyataan disiarkan sebuah akhbar tempatan pada Khamis dalam artikel bertajuk ‘Sekadar Panaskan Bangku Simpanan’ yang turut dijadikan rujukan oleh beberapa portal lain termasuklah LabolaMalaya.

Labola Malaya telah menerbitkan artikel tersebut dengan olahan semula tanpa mengubah quotes pemain itu, di mana Syahmi memberitahu dia pernah dirisik kelab luar negara tetapi menolak kerana tiada jaminan dapat beraksi dalam kesebelasan utama, bukannya disebabkan gaji kecil.

Malah dalam artikel itu, Syahmi menyatakan bahawa itu juga punca Irfan Zakaria serta tiga pemain JDT iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syamer Kutty Abba tidak menerima tawaran bermain di luar negara.

Ia sekaligus menepis tanggapan Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards yang menyifatkan dakwaan ejen bolasepak tempatan Syeq Qamarul bahawa tiga pemain JDT yang dimaksudkan itu pernah menerima tawaran luar negara sebagai cerita dongeng.

Namun pemain kebangsaan itu berkata kenyataannya adalah berbeza dengan apa yang telah ditulis akhbar tersebut, tanpa memberitahu secara spesifik kenyataan manakah yang berbeza itu.

Memandangkan LabolaMalaya turut menjadikan artikel itu sebagai rujukan, kami mengambil maklum akan kenyataan Syahmi dan memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan ini selain akan lebih berhati-hati di dalam menjadikan mana-mana laporan sebagai sumber rujukan. Terima kasih.

Foto Kredit : Asean Football/FAM

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.