Donnarumma diselar pentingkan duit dan tiada integriti

Gianluigi Donnarumma Donnarumma diselar pentingkan duit dan tiada integriti

Gianluigi Donnarumma mungkin diangkat sebagai wira yang membantu Itali menjulang kejuaraan Euro 2020, tetapi dia tidak terlepas dari menjadi subjek kecaman susulan keputusan meninggalkan AC Milan dan menyertai Paris Saint Germain secara perpindahan percuma. Bekas pengendali AC Milan, Arrigo Sachi bukan sahaja kecewa dengan keputusan Donnarumma yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Euro 2020 tetapi dia […]

Jack Grealish : “Jangan cakap saya tak tawarkan diri ambil sepakan penalti”

Jack Grealish England Jack Grealish : "Jangan cakap saya tak tawarkan diri ambil sepakan penalti"

Pemain tengah England, Jack Grealish tidak bersetuju dengan kritikan bekas kapten Manchester United, Roy Keane yang melabel pemain-pemain senior di dalam pasukan itu sebagai pengecut kerana membiarkan Bukayo Saka untuk mengambil sepakan penalti terakhir dalam aksi final Euro 2020 kepada Itali. Roy Keane dalam ulasannya berkata pemain seperti Jack Grealish, Luke Shaw dan Raheem Sterling […]

England guna pemain simpanan pun dah boleh menang Euro 2020

Gareth Southgate England England guna pemain simpanan pun dah boleh menang Euro 2020

Guna pemain simpanan pun England dah boleh muncul juara Euro 2020, itu reaksi kapten Itali Giorgio Chiellini. Pertahanan veteran itu berkata England adalah calon serius untuk menang Euro 2020 sebelum bermula kejohanan lagi, dan beranggapan skuad Gareth Southgate telah membuktikan kualiti mereka dengan melangkah jauh dalam dua kejohanan besar. “Mereka mara ke separuh akhir Piala […]

Zinedine Zidane ambil alih teraju dari Deschamps?

Zinedine Zidane Zinedine Zidane ambil alih teraju dari Deschamps?

Masa depan Didier Deschamps sebagai ketua jurulatih Perancis dijangka terjawab pada minggu depan tatkala legenda Les Bleus, Zinedine Zidane disebut-sebut bakal mengambil alih tugasnya susulan kegagalan di Euro 2020. Deschamps yang telah membimbing Perancis sejak 2012 dan membawa pasukan itu menjuarai Piala Dunia 2018 selain muncul naib juara Euro 2016, berkontrak dengan Persekutuan Bolasepak Perancis […]

“Bedil Ukraine bolehlah, jangan terciduk lawan Denmark sudah” – Mourinho

Jose Mourinho "Bedil Ukraine bolehlah, jangan terciduk lawan Denmark sudah" - Mourinho

England menamatkan penantian 25 tahun untuk berada di kelompok empat terbaik Kejohanan Eropah (Euro) setelah membedil Ukraine 4-0 dalam aksi suku akhir Euro 2020, menerusi dua jaringan Harry Kane serta satu jaringan Harry Maguire dan Henderson. Mereka kini berpeluang melakar sejarah baru mara ke pentas final buat pertama kali, jika berjaya mengetepikan Denmark dalam pertembungan […]

Euro 2020 : “Eloklah tu kalah, Ronaldo berlagak sangat tunjuk skill”

Cristiano Ronaldo vs Germany Euro 2020 : "Eloklah tu kalah, Ronaldo berlagak sangat tunjuk skill"

“Eloklah tu kalah, lain kali berlagaklah lagi”, demikian reaksi Dietmar Hamann mengenai kekalahan 2-4 Portugal kepada Jerman dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 Ahad lalu. Menurut Hamann yang juga bekas pemain tengah Jerman, Cristiano Ronaldo seperti kelihatan ‘bodoh’ kerana menunjuk-nunjuk kemahirannya, dan itu yang sebenarnya menjadi pembakar semangat pasukan Jerman untuk bangkit memenangi perlawanan itu. […]

“Nadi Christian Eriksen terhenti, ia pengalaman mengerikan” – doktor pasukan

Christian Eriksen Denmark Euro 2020 "Nadi Christian Eriksen terhenti, ia pengalaman mengerikan" - doktor pasukan

Doktor pasukan Denmark, Martin Boesen menyifatkan ia pengalaman mengerikan selepas mendapati nadi Christian Eriksen terhenti ketika pasukan perubatan bertungkus-lumus bagi menyelamatkannya di hadapan pemain dan penonton yang berada dalam keadaan trauma. Pemain tengah Inter Milan itu tiba-tiba rebah pada minit ke-43 perlawanan Euro 2020 antara Denmark dan Finland dipercayai kerana cardiac arrest dan laporan mengatakan […]

Christian Eriksen terselamat daripada maut selepas rebah tidak sedarkan diri

Christian Eriksen Denmark Euro 2020 Christian Eriksen terselamat daripada maut selepas rebah tidak sedarkan diri

Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen terselamat daripada maut, selepas dia tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri selama beberapa minit dipercayai kerana cardiac arrest ketika perlawanan Euro 2020 menentang Finland, sebentar tadi. Insiden terjadi pada minit ke-43 dan pemain Inter Milan itu terus diberikan rawatan pantas daripada barisan pegawai perubatan pasukan, termasuk memberikan bantuan pernafasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) […]

Mengimbau 5 final terakhir dari Euro 2000 ke Euro 2016

France Euro 2000 Mengimbau 5 final terakhir dari Euro 2000 ke Euro 2016

Bermula 12 Jun hingga ke 12 Julai depan, tumpuan penyokong bolasepak di seluruh dunia akan beralih ke saingan Euro 2020 yang berlangsung selepas setahun ditangguhkan. 24 pasukan termasuk juara bertahan Portugal dan tujuh bekas juara berentap untuk menentukan siapakah ‘raja Eropah’ dalam saingan yang berlangsung di 11 buah negara ini. Jerman merupakan pasukan paling berjaya […]

Bintang-bintang yang tidak beraksi di Euro 2020

Alexander Arnold dan Virgil Van Dijk Bintang-bintang yang tidak beraksi di Euro 2020

Saingan Euro 2020 akan membuka tirainya pada 10 Jun 2021, buat kali  kedua menyaksikan pembabitan 24 pasukan yang dibahagikan kepada enam kumpulan. Semua sudah mengetahui barisan 26 pemain yang dibawa ke kejohanan kali ini oleh setiap pasukan, tetapi bagaimana pula dengan pemain yang tidak akan beraksi dalam edisi kali ini sama ada disebabkan pasukan mereka […]

Euro 2020 : Trent Alexander terselamat tatkala Southgate bawa 10 pertahanan

Trent Alexander Arnold Liverpool Euro 2020 : Trent Alexander terselamat tatkala Southgate bawa 10 pertahanan

Gareth Southgate mengumumkan senarai akhir 26 pemain England yang akan membawa cabaran di Euro 2020 bulan ini. Tiga penjaga gol, sepuluh pemain pertahanan, lima pemain tengah dan lapan penyerang dibawa ke kejohanan kali ini yang berlangsung di 11 buah negara iaitu Denmark, England, Jerman, Hungary, Itali, Belanda, Romania, Russia, Scotland dan Sepanyol. Paling menjadi tumpuan […]

Sepanyol umum skuad, tiada kelibat Kepa, Sergio Ramos di Euro 2020

Sergio Ramos Sepanyol umum skuad, tiada kelibat Kepa, Sergio Ramos di Euro 2020

Luis Enrique mengumumkan senarai pemain yang akan membawa cabaran Sepanyol di Euro 2020, dengan ketiadaan nama kapten pasukan Sergio Ramos paling menarik perhatian. Tonggak pertahanan Real Madrid yang telah membuat 180 penampilan bersama Sepanyol itu bergelut dengan kecederaan musim ini, di mana dia tiga kali mengalami kecederaan dalam lima bulan pertama bagi tahun 2021. Terbaru, […]

Skuad penuh Portugal, Jerman dan Perancis di Euro 2020

Euro 2020 group of death Skuad penuh Portugal, Jerman dan Perancis di Euro 2020

Berikut senarai lengkap skuad 26 pemain bagi tiga pasukan gergasi Eropah yang diundi dalam kumpulan maut di saingan Euro 2020 yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2021. Juara bertahan Portugal dan dua bekas juara Perancis serta Jerman diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Hungary. Euro 2020 sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan ke […]