FAM Tak Bagi Muka, Tunggu Jer Isnin Nanti

Elavarasan anggap pengadil gagal FAM Tak Bagi Muka, Tunggu Jer Isnin Nanti

Nasib pemain dan pegawai pasukan Sarawak United yang menyerang pengadil selepas tamat aksi menentang Negeri Sembilan, akan diketahui Isnin ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyiasat secara terperinci insiden yang berlaku sebelum mengambil tindakan susulan kerana ia membabitkan isu keselamatan pengadil. “Tiada pihak yang akan terlepas kerana jika pengadil diserang pemain atau pegawai pasukan ia […]

Faizal Azumu Akui Buat Kenyataan Kurang Cerdik, Janji Lebih Berhati-hati

Dato Sri Faizal Azumu Faizal Azumu Akui Buat Kenyataan Kurang Cerdik, Janji Lebih Berhati-hati

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada penyokong bolasepak tanah air berhubung kenyataannya yang mendakwa Malaysian Football League (MFL) sedang mempertimbangkan pertambahan jumlah pasukan Liga Super menerusi video yang tular di laman sosial. Malah dalam video yang sama itu Faizal Azumu memberitahu bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan Stuart Ramalingam […]

Yusoff : “Mana ada naturalisasi gagal, cuma tak cukup masa”

Datuk Wira Yusoff Mahadi Yusoff : "Mana ada naturalisasi gagal, cuma tak cukup masa"

Aksi buruk ditunjukkan Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi, ketika skuad negara tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu menyebabkan ramai yang mula mempertikai projek naturalisasi skuad kebangsaan sehinggakan ada yang melabel ia sebagai satu kegagalan. Begitupun, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi, tidak bersetuju dengan […]

“Tunggakan gaji negara lain mungkin lagi teruk tapi tak dedah kepada umum”

Shakir Hamzah Perak FC "Tunggakan gaji negara lain mungkin lagi teruk tapi tak dedah kepada umum"

FIFA baru-baru ini mengeluarkan statistik berhubung masalah tunggakan gaji yang mana menyaksikan Malaysia merupakan ‘juara’ bagi peringkat Asia, dan kedua tertinggi di dunia – situasi yang sangatlah memalukan dan mencemarkan maruah Liga Malaysia. Seiring pendedahan itu juga, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam memaklumkan FIFA telah meluluskan 147 permohonan bekas pemain dari […]

“Kenapa kad merah untuk Fadzrul, kad kuning untuk Cabrera?” soal Jamal

Fadzrul Danel kad merah menolak pengadil "Kenapa kad merah untuk Fadzrul, kad kuning untuk Cabrera?" soal Jamal

Keputusan tidak konsisten pengadil Liga Malaysia di dalam menghukum pemain ternyata membingungkan bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail. Jamal Nasir merujuk kepada beberapa insiden berhubung kekasaran ke atas pengadil perlawanan sejak Liga Malaysia bermula bulan lalu yang menyaksikan keputusan berbeza dibuat sedangkan kesalahannya adalah sama. Sebagai contoh ketika Jack Hindle (penyerang Kelantan) dan Natxo […]

“Kritikan Lim Teong Kim nak tutup kegagalan dia di NFDP dan AMD,” kata Rosli Hussein

Skuad Projek FAM MSN "Kritikan Lim Teong Kim nak tutup kegagalan dia di NFDP dan AMD," kata Rosli Hussein

Prestasi buruk ditunjukkan skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Premier 2021 harus diakui mendapat perhatian ramai dan berterusan mengundang kritikan dari pelbagai pihak. Skuad bimbingan Yusri Che Lah itu tewas enam daripada tujuh perlawanan yang telah diharungi, termasuk kekalahan terbaru 1-7 di tangan Sarawak United pada Sabtu lalu, lantas mengukuhkan pandangan bahawa Liga Premier bukan […]

Stuart : ‘Mana ada sengaja lengahkan kes Natxo Insa, kita sudah ikut prosedur’

Stuart Ramalingam Stuart : 'Mana ada sengaja lengahkan kes Natxo Insa, kita sudah ikut prosedur'

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bermesyuarat buat kali pertama bagi penggal 2021-2025 pada minggu lalu, dan menjatuhkan hukuman ke atas empat pemain. Seperti semua sedia maklum, kes-kes yang dibicarakan dan diambil tindakan adalah membabitkan Ahmad Khairil Anuar Zamri (gantung dua perlawanan); Hein Htet Aung (gantung satu perlawanan) manakala dua lagi pemain iaitu Jack […]

Sivasundaram, dari individu dibenci penyokong Selangor kini orang no.2 bolasepak Malaysia

S.Sivasundaram Naib Presiden FAM Sivasundaram, dari individu dibenci penyokong Selangor kini orang no.2 bolasepak Malaysia

Hanya beberapa tahun lalu, Datuk S.Sivasundaram merupakan antara individu yang cukup dibenci penyokong Selangor berikutan kemelut kepimpinan melanda Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). Beliau yang merupakan Bendahari FAS dan antara orang lama persatuan itu didesak supaya berundur sehingga menyebabkannya meletak jawatan pada Ogos 2016 susulan rombakan yang dibuat oleh Presiden FAS ketika itu, Datuk Seri Azmin […]

Curran Singh mahu hukuman berat dikenakan ke atas Melaka United

Curran Ferns Curran Singh mahu hukuman berat dikenakan ke atas Melaka United

Selepas Narrupon Wild, giliran seorang lagi bekas pemain Melaka United, Curran Singh Ferns bersuara mengenai arahan pembayaran tunggakan gaji yang tidak dipatuhi kelab itu. Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 13 Januari lalu telah membuat keputusan menerima tuntutan difailkan Curran Singh ke atas Melaka United dan mengarahkan mereka membayar RM97,500 kepada pemain itu. Tetapi […]

Gagal lunas tunggakan seperti diarahkan, Melaka United berdepan hukuman FIFA

Naruphon Wild Melaka United Gagal lunas tunggakan seperti diarahkan, Melaka United berdepan hukuman FIFA

Kelab Bolasepak Melaka United nampaknya bakal dikenakan hukuman sekatan perpindahan oleh FIFA dek kegagalan mereka melunaskan tunggakan gaji dalam tempoh ditetapkan kepada bekas pemain import mereka Narrupon Wild. Pasukan itu sebelum ini diberikan tempoh 45 hari bermula 11 November untuk membayar pemain dari Thailand itu RM241,726.69 tetapi sudah hampir dua bulan berlalu dia masih menanti […]

Pahang takkan mudah tunduk, tuntut asas penghakiman oleh FIFA

Suffian kecewa dengan Sumareh Pahang takkan mudah tunduk, tuntut asas penghakiman oleh FIFA

Apa asas Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) menerima aduan yang difailkan oleh Mohamadou Sumareh, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memerlukan jawapannya. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya tunduk dengan arahan untuk membayar RM4.9 juta kepada pemain sayap dari Gambia itu dalam masa 45 hari sebaliknya akan cuba mencabar keputusan itu bagi mendapatkan alasan penghakiman oleh FIFA. “Saya tidak […]

Stuart Ramalingam : FAM tidak akan campur tangan isu tunggakan gaji pasukan Perak FC

Stuart Ramalingam skuad Projek FAM MSN Stuart Ramalingam : FAM tidak akan campur tangan isu tunggakan gaji pasukan Perak FC

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam menegaskan badan induk itu tidak akan mencampuri urusan tunggakan gaji pasukan Perak FC sepertimana tersebar dan menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong bolasepak tempatan, setidak-tidaknya buat masa ini. Pada Jumaat lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Presiden PAFA Datuk Adly […]

Bintang Pahang Rangers dan Harimau Malaya sambut baik perancangan FAM

Ridzwan Bakri Pahang Rangers Bintang Pahang Rangers dan Harimau Malaya sambut baik perancangan FAM

Perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melangsungkan semula saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) disambut baik pemain bintang Pahang Rangers yang juga tonggak skuad pasukan kebangsaan Ridzwan Bakri. Dalam laporan disiarkan Labola Malaya baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai, Datuk Rosmadi Ismail memberitahu saingan MPFL akan dilangsungkan paling awal pada pertengahan bulan Jun, […]

Bekas pengurus Selangor nasihatkan Zamsaham supaya fokus kepada perkara lebih penting

Zakaria Rahim nasihatkan Zamsaham Bekas pengurus Selangor nasihatkan Zamsaham supaya fokus kepada perkara lebih penting

Kritikan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman terhadap kedudukan skuad kebangsaan dalam ranking bolasepak dunia, terus mendapat perhatian ‘orang kuat’ dalam industri, kali ini giliran bekas pengurus pasukan Selangor, Zakaria Rahim pula menyuarakan pendapat. Menurut Zakaria, beliau percaya maklumat diperoleh Norizam atau Zamsaham mengenai kedudukan terbaik dan terburuk Malaysia dalam ranking dunia, adalah berlandaskan kepada sumber […]

FAM pujuk Zamsaham, ajak selesai pergeseran cara keluarga

Datuk Wira Yusoff Mahadi FAM pujuk Zamsaham, ajak selesai pergeseran cara keluarga

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu pergeseran dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berpanjangan. Justeru, badan induk bolasepak tanah air itu berharap salah faham yang tercetus antara mereka, Norizam serta Malaysian Football League (MFL) akan dapat diselesaikan dengan cara baik. Menurut Timbalan Presiden FAM yang juga ahli lembaga pengarah MFL, Datuk Wira Yusoff Mahadi, “Orang […]

Liga dijangka kembali pada bulan Jun, dilangsungkan secara karnival

Datuk Rosmadi FAM Liga dijangka kembali pada bulan Jun, dilangsungkan secara karnival

Saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) akan kembali pada bulan Jun depan, selepas lebih setahun pertandingan itu dibatalkan kerana pandemik Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Rosmadi Ismail memberitahu Labola Malaya bahawa persiapan sedang giat dibuat untuk memastikan saingan bermula sepertimana dirancang, tetapi dengan format yang berbeza. “Memang keutamaan […]

Zamsaham tegur FAM supaya bertindak lebih bijak

Zamsaham pemilik Kelantan Zamsaham tegur FAM supaya bertindak lebih bijak

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman jelas kurang senang dengan perkhabaran bahawa pasukan itu akan dikenakan pemotongan tiga mata, sekiranya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) gagal menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji 11 bekas pemain sepertimana diumumkan Jawatankuasa Status FAM pada Rabu. Norizam atau dikenali Zamsaham berpendapat ia bukan sahaja tidak adil untuk Kelantan FC dikenakan hukuman pemotongan tiga […]

Hamidin : ‘Itu cuma pandangan Khalid Ali, yang lain semua gembira’

Datuk Hamidin

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nampaknya tidak berminat melayan kritikan Khalid Ali terhadap pelantikan Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN. Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, badan induk itu bukannya melantik ketua jurulatih secara tangkap muat sebaliknya melalui satu proses panjang dan penilaian yang terperinci, justeru kritikan Khalid Ali yang mempersoal kelayakan […]

Khalid Ali bidas pemilihan Yusri Che Lah yang gagal bersama KL dan Kelantan

Khalid Ali

Apa yang boleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) harapkan dengan melantik seorang ketua jurulatih yang tidak mempunyai rekod cantik bersama pasukan Liga Malaysia yang pernah dibimbingnya sebelum ini? Itu persoalan dilontarkan bekas pemain kebangsaan Khalid Ali berhubung keputusan badan induk itu melantik Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih skuad Projek FAM-MSN yang diumumkan pada Khamis lalu. […]

Stuart : Skuad Projek FAM-MSN tidak akan layak ke Liga Super

Stuart Ramalingam skuad Projek FAM MSN Stuart : Skuad Projek FAM-MSN tidak akan layak ke Liga Super

Skuad Projek FAM-MSN yang dibentuk untuk beraksi dalam saingan Liga Premier 2021, tidak akan layak ke Liga Super meskipun menamatkan saingan di kedudukan dua teratas, demikian menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam. Pasukan yang akan dikendalikan bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah itu juga tidak akan mengambil bahagian dalam pertandingan Piala FA dan […]

Yusri Che Lah bimbing skuad Projek Khas FAM-MSN beraksi di Liga Premier

Skuad Projek FAM MSN Yusri Che Lah bimbing skuad Projek Khas FAM-MSN beraksi di Liga Premier

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Khamis mengumumkan pembentukan Skuad Projek FAM-MSN. Skuad bersifat pembangunan itu akan bersaing dalam Liga Premier 2021 sebagai antara usaha FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) mencipta laluan kerjaya kepada produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN); termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), dalam memudahkan mereka melakukan transisi ke pentas senior. Majlis […]

Jamal anggap keputusan batal Piala Malaysia tepat, minta jangan salahkan kerajaan

Jamal Nasir Jamal anggap keputusan batal Piala Malaysia tepat, minta jangan salahkan kerajaan

Keputusan Malaysian Football League (MFL) membatalkan saingan Piala Malaysia 2020 adalah tepat dan kerajaan tidak wajar dipersalahkan sebagai punca keputusan itu terpaksa diambil, demikian tegas bekas pemain kebangsaan, Dato’ Jamal Nasir Ismail. MFL pada Khamis lalu mengumumkan pertandingan yang sudah berlangsung satu pusingan dibatalkan selepas rayuan agar perlawanan yang berbaki dapat diteruskan di zon hijau […]

‘Memang saya sakit hati hiburan terus beroperasi, sukan termasuk bolasepak menjadi korban’

Exco FAM Piala Malaysia 'Memang saya sakit hati hiburan terus beroperasi, sukan termasuk bolasepak menjadi korban'

Keputusan Malaysian Football League (MFL) membatalkan terus saingan Piala Malaysia pada musim ini, ternyata mengecewakan ramai pihak. Langkah itu adalah pilihan terakhir yang terpaksa akhirnya diambil oleh MFL selepas cubaan mereka ‘menyelamatkan’ pertandingan berprestij itu menemui jalan buntu, susulan rayuan yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara agar ia dapat diteruskan dan dihabiskan dalam bulan ini […]

Untung RM50,000 setahun, memanglah tak lepas

Stuart Ramalingam FAM Untung RM50,000 setahun, memanglah tak lepas

Baru-baru ini Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan bahawa Felda United dan UKM FC kedua-duanya gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan ini bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh. Felda United dan UKM FC pada hakikatnya telah pun menyelesaikan proses penswastaan pada […]

Apabila Sumareh terbukti salah, maka isu tunggakan gaji hanyalah alasan, tak begitu?

Mohamadou Sumareh PBNP Apabila Sumareh terbukti salah, maka isu tunggakan gaji hanyalah alasan, tak begitu?

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah menjatuhkan hukuman gantung dua tahun ke atas bekas pemain sayap mereka, Mohamadou Sumareh. Keputusan itu diambil selepas Jawatankuasa Tatatertib PBNP mendapati pemain berusia 26 tahun bersalah dalam kesemua empat pertuduhan yang dikenakan ke atasnya oleh PBNP dan pasukan Liga Super Pahang. Ini bermakna dia tidak boleh terlibat dalam sebarang […]

Aidil Shahrin : Berilah kredit kepada KFA, mereka teruk dikecam sebelum ini

Aidil Shahrin Sahak Aidil Shahrin : Berilah kredit kepada KFA, mereka teruk dikecam sebelum ini

Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak berpendapat kredit harus diberikan kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) di atas usaha-usaha yang diambil untuk menyelesaikan masalah berbangkit terutamanya membabitkan kewangan. Malah kejayaan persatuan itu melengkapkan penswastaan pasukan pada ketika ramai yang tidak yakin malah melemparkan pelbagai kecaman dan kritikan, membuatkan Aidil Shahrin terpanggil untuk berterima kasih kepada KFA. “Sejak […]

Saga Sumareh : PBNP bidas FAM tidak serius, memberi alasan tidak berasas

PBNP bidas FAM tidak serius isu Sumareh Saga Sumareh : PBNP bidas FAM tidak serius, memberi alasan tidak berasas

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menyatakan kekecewaan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana tidak serius dalam menyelesaikan kemelut membabitkan persatuan itu dan juga pemain kontroversi, Mohamadou Sumareh. Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata mereka telah membuat aduan kepada FAM menerusi surat bertarikh 11 September agar tindakan dapat diambil ke atas pemain itu tetapi badan […]

Ia bukan rundingan pintu belakang, FAS sudah dapat kebenaran FAM

Sumareh bakal sertai Selangor Ia bukan rundingan pintu belakang, FAS sudah dapat kebenaran FAM

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon menafikan mereka terlibat di dalam cubaan mendapatkan Mohamadou Sumareh melalui rundingan ‘pintu belakang’. Dakwaan itu timbul selepas pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan kontrak yang ditawarkan FAS kepada pemain sayap kontroversi itu, pada ketika belum ada pengesahan rasmi mengenai statusnya bersama […]

Yusoff Mahadi : Pengadil tak lari daripada buat kesilapan

Datuk Wira Yusoff Mahadi Yusoff Mahadi : Pengadil tak lari daripada buat kesilapan

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melihat semula video perlawanan membabitkan Terengganu FC dan Johor Darul Takzim (JDT) bagi menilai prestasi pengadil Wan Tarmizi Wan Ibrahim. Wan Tarmizi dikritik hebat termasuk oleh pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melabel kualiti pengadilannya sebagai teruk kerana gagal mengawal perlawanan dengan baik. Wan Tarmizi dikatakan membuat […]

Sumareh tak boleh bawa kes ke FIFA kerana dia pemain tempatan

Windsor Paul John Sumareh tak boleh bawa kes ke FIFA kerana dia pemain tempatan

Peranan FIFA sudah selesai selepas mereka mengeluarkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) sementara kepada Mohamadou Sumareh. Mengenai status pemain naturalisasi itu yang menyertai kelab Thailand Police Tero FC dengan membatalkan kontrak bersama Pahang, ia akan ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Demikian menurut Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Dato’ Windsor Paul John dalam satu temubual […]

FAM : Subkhiddin berkata demikian mungkin kerana gagal bawa perubahan diimpikan

Dali Wahid FAM FAM : Subkhiddin berkata demikian mungkin kerana gagal bawa perubahan diimpikan

Kenyataan bekas pengadil nombor satu negara Subkhiddin Mohd Salleh bahawa badan induk itu menganaktirikan keperluan dan kepentingan pengadil sehingga gagal membangunkan pengadil berkualiti disangkal Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dali Wahid. Subkhiddin yang juga bekas Exco FAM dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil turut mempersoalkan mengenai program pembangunan buat pengadil yang mana menurutnya diabaikan FAM. […]

Kejuaraan AFC B-19 mungkin turut ditunda

Stuart Ramalingam FAM GenSEc Kejuaraan AFC B-19 mungkin turut ditunda

Kejuaraan AFC B-19 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan pada Oktober ini berkemungkinan besar akan ditunda ke tahun depan. “Kami jangka kejohanan AFC B-19 yang sepatutnya berlangsung pada Oktober ini ditunda kerana kerisauan yang diluahkan oleh persatuan bola sepak serantau dengan keadaan semasa (wabak pandemik Covid-19). “Bagaimanapun, keputusan rasmi akan dilakukan oleh AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) […]

Isu tunggakan gaji Kedah, laporan tak sampai ke FAM

Stuart Ramalingam FAM Isu tunggakan gaji Kedah, laporan tak sampai ke FAM

Isu tunggakan gaji pasukan Kedah tidak dilaporkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) justeru tiada keperluan untuk badan induk itu masuk campur atau mengambil tindakan ke atas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA). Sebelum ini, media melaporkan bahawa 23 pemain pasukan Lang Merah telah membuat laporan rasmi berhubung isu tersebut kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM). Menurut Setiausaha […]

Kelantan sasar Liga Super 2021, dakap satu piala – berkuburnya sebuah impian

KAFA Kelantan FA Kelantan sasar Liga Super 2021, dakap satu piala - berkuburnya sebuah impian

“Kelantan sasar layak ke Liga Super 2021, dakap satu trofi.” Penyokong Kelantan masih ingat lagi ayat ini? Itulah tajuk-tajuk yang menghiasi dada akbar dan juga portal-portal sukan selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain skuad The Red Warriors pada 23 Februari lalu. Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn Bhd ketika itu, Datuk Wan Rakemi Wan […]

Wan Kamal setuju Wan Fayhsal tidak sepatutnya ganggu Wan Kuzri dan skuad B-19

Wan Kuzri dan Wan Fayhsal Wan Kamal setuju Wan Fayhsal tidak sepatutnya ganggu Wan Kuzri dan skuad B-19

Wan Kamal Wan Napi, bapa kepada pemain skuad B-19 negara Wan Kuzri, setuju dengan pandangan bahawa Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Fayhsal (juga merupakan anaknya) tidak sepatutnya menganggu tumpuan pemain itu mahupun latihan pusat pasukan kebangsaan. Wan Fayhsal pada Khamis lalu telah meninjau sesi latihan pusat skuad B-19 negara yang dalam persiapan untuk menghadapi […]

FAM selamatkan KAFA sekali lagi, adakah adil buat Melaka dan PDRM?

Kelantan FA KAFA FAM selamatkan KAFA sekali lagi, adakah adil buat Melaka dan PDRM?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi menjadi ‘penyelamat’ kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) apabila badan induk itu melanjutkan sekali lagi tempoh pembayaran hutang tunggakan gaji pemain tempatan yang sepatutnya diselesaikan persatuan bermasalah itu pada 30 Jun sehingga 31 Ogos. Ini menyaksikan KAFA terlepas daripada hukuman pemotongan tiga mata dan mereka kini yakin boleh selesaikan tunggakan […]

Palsukan dokumen, FAM tutup pintu buat Kalonda

Marcel Kalonda Palsukan dokumen, FAM tutup pintu buat Kalonda

Hasrat penyokong untuk menyaksikan kelibat pemain pertahanan berusia 22 tahun dari Congo, Marcel Kalonda untuk menyarung jersi Harimau Malaya berkecai selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menutup pintu buat pemain itu. Ini berikutan salah satu dokumen penting untuk membuktikan pemain itu berdarah campuran Malaysia adalah tidak sahih selepas FAM membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran […]

FAM sahkan Harry Edge tak berminat wakili Harimau Malaya

Harry Edge FAM sahkan Harry Edge tak berminat wakili Harimau Malaya

Pemain berdarah kacukan Malaysia-New Zealand yang sedang beraksi di kelab Sweden, Harry Edge, tidak berminat menyarung jersi Harimau Malaya. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam, mengesahkan perkara itu kepada Bernama. Spekulasi mengenai Harry Edge berpotensi cerah menjadi rekrut terbaru dalam skuad Harimau Malaya mula bertiup setelah ayah pemain itu Declan Edge menyatakan di media […]

Tuah milik Rajagobal kerana Pahang enggan lepaskan Dollah Salleh last-minute

Datuk K.Rajagobal Tuah milik Rajagobal kerana Pahang enggan lepaskan Dollah Salleh last-minute

Datuk K.Rajagobal mencipta sejarah sebagai satu-satunya jurulatih yang pernah membawa Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Tetapi ada kisah yang tidak ramai tahu mengenai pelantikan beliau menggantikan B.Sathianathan pada April 2009. Rajagobal sebenarnya langsung bukan pilihan untuk menduduki kerusi panas ketua jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu, memandangkan beliau mempunyai komitmen bersama pasukan B-19 kebangsaan yang […]

Mengimbau perjalanan Hamidin, pekerja bank yang bergelar Presiden FAM

Hamidin Mohd Amin Presiden FAM Mengimbau perjalanan Hamidin, pekerja bank yang bergelar Presiden FAM

Pekerja bank bergelar orang nombor satu bolasepak Malaysia, ia bukan kisah dongeng! Pada 14 Julai 2018, sejarah baru tercipta dalam arena bolasepak tanah air apabila Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru bagi penggal 2017-2021 sejurus berakhir Kongres Tahunan FAM ke-54. Hamidin adalah setiausaha agung pertama, dan ‘orang biasa’ pertama […]

Tengku Fahad : Usaha bawa Pahang ke pentas Asia akan berterusan

Tengku Fahad PRFC Tengku Fahad : Usaha bawa Pahang ke pentas Asia akan berterusan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Isnin telah mengumumkan bahawa saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2020 dibatalkan serta-merta; mengambil kira situasi semasa Covid-19, kos operasi dan juga keselamatan. FAM juga memaklumkan tiada pemenang bagi saingan tahun ini (null and void) memandangkan hanya satu perlawanan sahaja telah berlangsung sebelum liga ditangguhkan, dan keputusan semua perlawanan itu […]

Pahang buru import baru selepas gugurkan Fineo Araujo

Fineo Pahang Rangers Pahang buru import baru selepas gugurkan Fineo Araujo

Pasukan futsal Pahang (Pahang Rangers) memburu khidmat pemain import baru setelah membuat keputusan mengugurkan khidmat Fineo De Araujo berikutan kecederaan. Pemain dari Brazil itu mengalami kecederaan ketika aksi pra-musim Sultan Ahmad Shah Cup 2020 pada Februari dan tidak sempat membuat penampilan dalam aksi sulung Malaysia Premier Futsal League 2020 menentang Sarawak pada 14 Mac. Ketua […]

Larang pasukan bermasalah ambil import walaupun seorang

Jamal Nasir Larang pasukan bermasalah ambil import walaupun seorang

Kira-kira empat bulan lalu, bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir mencadangkan cara terbaik untuk sesebuah pasukan terutama pasukan bermasalah selesaikan hutang, adalah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melarang mereka mengambil import walaupun seorang. Menurutnya FAM telah mengambil beberapa langkah, tetapi tidak cukup tegas malah ada yang tidak begitu realistik contohnya pemotongan mata. Antara pasukan yang terhimpit […]

Saiful Nizam sasar kejuaraan, gelaran penjaring terbanyak

Saiful Nizam Mohd Ali Saiful Nizam sasar kejuaraan, gelaran penjaring terbanyak

Tonggak Pahang Rangers, Saiful Nizam Mohd Ali mahu meneruskan sentuhan jaringan cemerlangnya dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL) seterusnya mengekalkan gelaran penjaring terbanyak jika saingan diteruskan semula. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat pengumuman mengenai status pertandingan di bawah kelolaan mereka tetapi Setiausaha Agung badan induk itu Stuart Ramalingam sebelum ini telah memberi bayangan […]

Penjaga gol Pahang ini sebak hanya mampu lepas rindu dari jauh

Rahimi Shatar penjaga gol Pahang Penjaga gol Pahang ini sebak hanya mampu lepas rindu dari jauh

Penjaga gol Pahang Rangers, Rahimi Shatar sudah hampir dua bulan terpisah dengan dua anak dan isteri, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac. Ditambah dengan tanggungjawab dan komitmennya sebagai anggota bomba dan barisan depan yang diamanahkan menjaga keselamatan awam di waktu kritikal ini, Rahimi berpendapat berjauhan adalah solusi terbaik buat sementara waktu. Tetapi […]

Liga disambung September dengan perubahan format, Piala FA dibatalkan

Datuk Abdul Ghani CEO MFL Liga disambung September dengan perubahan format, Piala FA dibatalkan

Saingan Liga Super dan Liga Premier 2020 akan disambung semula pada bulan September depan, disusuli Piala Malaysia pada Oktober dengan kesemua pertandingan itu bakal menyaksikan perubahan format ketara. Ia diumumkan oleh Malaysia Football League (MFL) dalam satu kenyataan pada Jumaat, selepas permohonan mereka untuk Liga Malaysia 2020 disambung semula pada Ogos ditolak oleh Mesyuarat Khas […]

Yusoff : Liga Malaysia batal jika tunggu Oktober

Datuk Wira Yusoff Mahadi Yusoff : Liga Malaysia batal jika tunggu Oktober

Persatuan Bolasepak Malaysia hanya boleh tunggu paling lewat sehingga bulan Ogos sahaja untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia yang ditangguhkan sejak 16 Mac lalu. Demikian reaksi Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi. “Kalau saingan hanya boleh diteruskan pada penghujung tahun misalnya Oktober atau November, mungkin kita perlu batalkan liga. Ini sebab kita sudah tiada […]

Ismail Sabri : Liga Malaysia boleh diteruskan, tapi tengok tarikh dulu

Datuk Seri Ismail Sabri Ismail Sabri : Liga Malaysia boleh diteruskan, tapi tengok tarikh dulu

Masih ada harapan untuk saingan Liga Malaysia 2020 kembali disambung, walaupun ia mungkin bukan dalam tempoh terdekat. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini memaklumkan mereka telah menghantar permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara mengenai hasrat menyambung semula aksi Liga Malaysia yang ditangguhkan sejak 16 Mac lalu dan SOP yang perlu dipatuhi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk […]

FAM tegaskan RM2.2 juta dari FIFA bukan untuk dibayar kepada pasukan

Stuart Ramalingam FAM FAM tegaskan RM2.2 juta dari FIFA bukan untuk dibayar kepada pasukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan US$500,000 (RM2.2 juta) yang diterima badan induk itu daripada FIFA bukan untuk dibayar kepada pasukan-pasukan yang bertanding di Liga Malaysia. “Jangan salah faham, ia bukan duit Tabung Bencana Covid-19 yang digerakkan oleh FIFA, sebaliknya ia dana operasi tahunan yang dibayar FIFA kepada ahli gabungannya setiap tahun melalui FIFA Forward Programme. […]

Ridzuan sanjung pengorbanan isteri, biasakan diri dengan ‘the new normal’

Coach Wan Ridzuan sanjung pengorbanan isteri, biasakan diri dengan 'the new normal'

Penolong jurulatih skuad Pahang Rangers, Ahmad Ridzuan Abdul Halim mengakui dia semakin membiasakan diri dengan kehidupan ‘the new normal’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Ridzuan yang juga bekas pemain Pahang dan skuad kebangsaan berkata bukan sahaja rutin seharian berubah tetapi PKP menyaksikannya menempuh banyak pengalaman baru termasuklah menjaga sendiri tiga anak perempuan berikutan isterinya turut […]

FAM, MFL akur jika MKN minta semua pertandingan dibatalkan

Stuart Ramalingam FAM, MFL akur jika MKN minta semua pertandingan dibatalkan

Persatuan Bolasepak Malaysia dan Malaysian Football League telah menghantar permohonan rasmi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan nasihat, pandangan dan kelulusan mengenai Prosedur Standard Operasi yang perlu dipatuhi bagi membolehkan saingan bolasepak tempatan yang ditangguhkan sejak 16 Mac lalu, disambung semula. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata permohonan itu […]

Presiden Pahang FA anggap batalkan liga adalah jalan terbaik

Pahang FA Presiden Pahang FA anggap batalkan liga adalah jalan terbaik

Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu menerima hakikat bahawa kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya. Justeru, tangguhkan liga tahun ini, kembali dengan semangat dan iltizam baru pada tahun hadapan. Demikian pandangan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menerusi kenyataan disiarkan di laman facebook rasmi pasukan. […]

Zahasmi harap Liga Malaysia dapat diselamatkan

Zahasmi Ismail Zahasmi harap Liga Malaysia dapat diselamatkan

Pengendali Kelantan United, Zahasmi Ismail berharap saingan Liga Malaysia 2020 akan dapat diteruskan meskipun ada cadangan supaya ia dibatalkan susulan penularan wabak Covid-19. Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil keputusan menangguhkan semua pertandingan domestik sejak 16 Mac lalu namun tiada kepastian bila ia akan kembali disambung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan […]

Hamidin akui batalkan liga antara opsyen dipertimbang

Datuk Hamidin Mohd Amin MFL Hamidin akui batalkan liga antara opsyen dipertimbang

Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui membatalkan saingan liga musim ini adalah antara opsyen dipertimbang badan pengelola Liga Malaysia itu, jika krisis Covid-19 berpanjangan. Pelbagai cadangan diutarakan bagi memastikan saingan liga dapat diteruskan musim ini, namun saranan Kementerian Kesihatan Malaysia agar tiada ‘social gathering’ atau perhimpunan besar-besaran setidak-tidaknya untuk 6 bulan […]

Giliran FAM bidas Asmirul, anggap kenyataan cuba tutup salah sendiri

Stuart Ramalingam FAM SU Giliran FAM bidas Asmirul, anggap kenyataan cuba tutup salah sendiri

Selepas Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, giliran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula menempelak Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah, Asmirul Anuar Aris susulan kenyataannya yang seolah cuba menyalahkan badan induk itu berhubung isu tunggakan gaji pasukan Kedah. Asmirul menjelaskan tunggakan gaji terjadi kerana pihak penaja tidak dapat memenuhi komitmen buat masa ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, […]

Asmirul anggap JDT tidak wajar campur tangan urusan pasukan lain

Asmirul Anuar Aris KFA Asmirul anggap JDT tidak wajar campur tangan urusan pasukan lain

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris tampil memberi penjelasan mengenai isu tunggakan gaji pasukan itu yang hangat diperkatakan sejak ia didedahkan oleh pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim beberapa hari lalu. TMJ dalam satu kenyataan pada Isnin lepas mengingatkan pasukan Liga Malaysia termasuk Kedah supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan […]

Akmarulnizam : ‘Kita boleh menang peperangan ini jika semua bersatu hati’

Akmarulnizam Idris Akmarulnizam : 'Kita boleh menang peperangan ini jika semua bersatu hati'

Kapten Pahang Rangers, Akmarulnizam Idris meletakkan harapan tinggi mahu melihat penularan wabak Covid-19 segera reda dan tiada lagi lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan selepas 14 April nanti. Meskipun sedar PKP berpotensi dilanjutkan berdasarkan kepada statistik semasa, Akmarulnizam berpendapat sekiranya semua pihak memainkan peranan dan menunjukkan kesedaran dengan mengikut arahan ditetapkan kerajaan, tidak mustahil Malaysia […]

FAM potong gaji staff jika PKP dilanjutkan

Logo FAM FAM potong gaji staff jika PKP dilanjutkan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengambil pendekatan memotong gaji pekerjanya secara sementara jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April 2020 dilanjutkan, susulan penularan wabak pandemik COVID-19. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam dalam satu kenyataan pada Jumaat. Menurutnya badan induk itu meminta semua kakitangan pentadbiran dan staf teknikal mengambil potongan […]

Kalau Jun baru nak sambung, lebih baik batalkan sahaja Liga Malaysia

Logo Liga Malaysia ehsan Vocket FC Kalau Jun baru nak sambung, lebih baik batalkan sahaja Liga Malaysia

“Jika bulan Jun baharu boleh sambung semula liga, lebih baik batal sahaja liga dan mula liga baharu pada tahun depan sebagaimana Sukan Olimpik kerana kesannya cukup besar kepada semua yang terlibat, lagi pun liga baharu saja bermula.” Itu pandangan bekas pengendali Uitm FC, Ismail Zakaria dengan mengambil kira beberapa faktor sambil mengharapkan Malaysian Football League […]